Kecantikan

Wanista Review : Pengalaman Pakai SK-II GenOptics Aura Essence

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Wanista Review : Pengalaman Pakai SK-II GenOptics Aura Essence

Review ini merupakan pengalaman pakai & testimonial jujur Wanista selepas menggunakan produk magik SK-II GenOptics Aura Essence.

IKLAN

Seiring dengan usia awal 30-an, kulit kusam dan lelah sentiasa menjadi kebimbangan akibat gaya hidup yang sibuk. Ini sebabnya penulis sentiasa mencari produk whitening yang dapat membantu terlihat lebih segar dan cerah, kononnya dapat ‘menyembunyikan’ kesan gelap akibat jeragat. Ikuti pengalaman penulis memakai produk SK-II ini.

Kebaikan SK-II GenOptics Aura Essence

Apa kebaikan yang dibawa oleh GenOptics Aura EssenceGenOptics Aura Essence dikatakan mempunyai formula yang dinaik taraf. Intipati baru mampu mencerah mengandungi dua bahan iaitu esktrak Prunus dan Inositol.

Saintis SK-II mendapati bahawa apabila digabungkan dengan Pitera (ramuan bintang yang terdapat dalam setiap produk SK-II), esktrak Prunus dapat mengurangkan kerosakan pada selaran matahari dan pembentukan melanin, kedua-duanya boleh menyebabkan nada kulit yang gelap dan kusam. Inositol pula ramuan yang meningkatkan kejelasan dalam sel, yang pasti bahan-bahan dalam GAE berjanji untuk menjadi lebih berkesan dalam mancapai matlamat mencerahkan kulit.

Cara Pakai

Sebaiknya memakai SK-II Facial Treatment Essence selepas toner, diikuti pula GAE. Dipakai pagi dan malam, memadai dengan satu dos optimum untuk hasil terbaik. Penulis ingatkan, setiap orang punya kesan yang berbeza, mungkin ada dalam dua hingga tiga sudah nampak perubahan, dan ada pula berbulan, yang penting secara konsistensi.

Cara Pakai SK-II GenOptics Aura Essence

Sebelum Dan Selepas

Pertama kali mencuba produk ini, penulis agak sangsi dengan teksturnya yang agak berkrim dan sedikit berminyak. Hal ini kerana persepsi kita produk berminyak hanya akan mengeluarkan lebih banyak sebum, jadi ia mungkin tidak sesuai digunakan untuk jenis kulit sensitif malah berjerawat, lagi pula dengan tujuan untuk pemutihan.

Tapi tekaan meleset, kerana sekali disapu, ia memberi kesan yang ringan dan sama sekali tidak melekit bahkan juga lembut. Ia juga terhidrasi dengan serta-merta dan penulis mendapati bahawa ia berfungsi sebagai asas yang baik sebelum menggunakan mekap.

Jika anda mencari produk yang mampu memberi kecerahan dan meremajakan kulit, SK-II GenOptics Aura Essence adalah jawapan untuk anda. Bayangkan dalam masa seminggu, tona kulit kelihatan lebih cerah dan jelas, lagi yang seronok tidak perlu mekap tebal seperti biasa. Hanya mekap ringkas sahaja orang sudah memuji melihatkan kulit lebih baik daripada sebelum ini.

SK-II GenOptics Aura Essence Mencerahkan Kulit

Harga

Terbukti dengan menggunakan siri whitening SK-II GenOptics dapat melindungi kulit daripada pendedahan UV yang mengakibatkan kerosakan kulit wajah. GenOptics Aura Essence ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 50ml (RM706) dan 75ml (RM950). Anda boleh dapatkan di kesemua kiosk kecantikan seluruh negara.

IKLAN

Jom Cantik Sama-Sama & Selamat Beramal!

Artikel ini dibawakan oleh SK-II.