Walaupun nama Fenty Beauty kini mendominasi dunia kecantikan, namun masih ada lagi yang berasa jengkel dengan pengasas jenama kosmetik tersebut Rihanna.
Mungkin ramai yang cukup berterima kasih pada Rihanna kerana memperkenalkan lebih dari 40 tona foundation dan concealer tapi itu tidak cukup bila rata-rata dari mereka masih merasakan Rihanna mempunyai ‘attitude’. Benar Rihanna sekarang sudah jauh dari sebarang kontroversi dan gossip tapi masih ada sahaja yang ingin dikorek oleh haters untuk mengundang kebencian terhadap penyanyi pop ini.
Mari kita rungkai perkara yang tidak disukai oleh haters tentang Robyn Rihanna Fenty.
Cukup mengada
Setiap kali Riri muatnaik tutorial terbaru di laman Youtube pasti ada sahaja komen yang tidak senang tentang penampilan beliau. Kebanyakannya cukup menyampah dengan perangai mengada-ngada Riri dihadapan kamera. Terlalu banyak adegan gelak sendirian, bercakap manja dan membuang masa. Sampaikan ada penonton berasa bosan setiap kali tutorial dari Rihanna mereka terpaksa skip bahagian ‘mengada’ tersebut.
Berlagak diva
Pada 2014 Rihanna ‘main-main’ dengan seorang remaja yang mengambil inspirasi fesyen karpet merah beliau dijadikan sebagai busana untuk ke majlis tari-menari. Dia membuat gurauan yang agak keras dengan membandingkan gambar glamour dia dan gadis tersebut beserta kapsyen ‘sedih’. Ramai yang mengatakan Rihanna telah melakukan siber-buli terhadap peminatnya itu.
Janggal
Kalau lihat beberapa video Rihanna dalam program bual bicara pasti terlihat janggal. Sebenarnya penulis juga perasan perkara yang sama. Penulis ingat lagi dalam program temu bual The Graham Norton Show, Rihanna nampak seperti tidak pandai bercerita dan tinggalkan pengacara dan guest lain dalam terpinga-pinga. Menjadikan dia seorang yang tidak menarik atau seolah-olah tiada personaliti yang memikat. Bergaya fesyen sahaja yang boleh.
Namun bagi penulis Rihanna juga seorang manusia biasa tidak terlepas dengan melakukan kesilapan. Apa tidaknya kehidupan dia diperhati hampir setiap masa jadi bila nampak perkara yang kurang menyenangkan cepat sahaja orang hebahkan tapi perkara yang baik didiamkan. Sabar jelah..