Jika tahun lalu Singapura menguasai di tangga pertama sebagai pasport terbaik di dunia, terkini merujuk kepada laporan senarai yang dikeluarkan pihak “Henley & Partners Passport Index” untuk tahun 2019, Jepun adalah yang paling hebat diikuti Singapura, seterusnya Korea Selatan dengan 189 buah negara yang boleh dilawati tanpa Visa.
Jatuh di tangga kedua adalah pasport German dengan jumlah 188 buah negara yang boleh dilawati tanpa Visa sebelum pasport Perancis, Denmark, Finland, Itali dan Sweden dengan jumlah 187 buah negara yang boleh dilawati tanpa Visa.
Malaysia kini berada di kedudukan 13 sebagai pasport terbaik dunia dengan jumlah 177 buah negara yang boleh dilawati tanpa Visa mengatasi Brunei dan Arab Saudi yang berada di tangga ke-21, apabila masing-masing dengan cuma 165 buah negara yang boleh dilawati bebas Visa menurut senarai pasport paling berkuasa di dunia oleh “Henley &Partners Passport Index”.
Apa yang membanggakan, negara Asia sudah banyak memonopoli tangga teratas menerusi indeks pasport terbaik dunia dan itu seterusnya, membuktikan kekuatan semasa pasport Asia adalah lambang pergeseran progresif yang nampaknya semakin banyak negara akan mengikutinya untuk mendapat manfaat daripada aliran global semasa.
Top 10: Pasport Terhebat Di Dunia
1. Jepun, Singapura, Korea Selatan — 189 (destinasi)
2. German — 188
3. Perancis, Denmark, Finland, Itali, Sweden — 187
4. Luxembourg, Sepanyol — 186
5. Austria, Netherlands, Norway, Portugal, Switzerland, Amerika — 185
6. UK, Belgium, Canada, Greece, Ireland — 184
7. Czech Republic — 183
8. Malta — 182
9. Australia, Iceland, New Zealand — 181
10. Hungary, Latvia, Lithuania, Slovakia, Slovenia — 180
Boleh periksa kedudukan pasport global [DI SINI]