Kecantikan

4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan

Sekarang ini kecoh pula dengan trend mekap yang skip sahaja blusher dan fokus pada bahagian contour dan highlight. Gaya solekan ini sangat ringkas dan mengekalkan look natural tanpa membebankan kulit dengan pelbagai produk pada wajah. 

Penulis sendiri telah kembali minimalkan solekan dengan hanya menambah contour. Hasilnya wajah lebih tampil segar dan sesuai untuk siapa yang mahukan makeup no-makeup. Ia juga menjimatkan waktu untuk anda bersiap tapi anda harus berhati-hati! Melakukan contour memerlukan teknik yang tertentu dan ia bukan sahaja mengenai memberi ilusi wajah runcing tapi bisa mengubah warna dan bentuk bayangan wajah. 

Buat anda yang sentiasa was-was dengan hasil contour apa kata semak semula teknik yang dilakukan. Adakah anda tergolong dengan mereka yang kerap melakukan contouring seperti dibawah. 

Salah pilih berus

Ilmu asas yang anda perlu tahu tentang dunia solekan pertama sekali ialah berus mekap dan pelbagai lagi alatan lain. Sekurang-kurangnya anda kena tahu berus apa yang sesuai dengan bentuk wajah dan senang untuk anda lakukan contour dengan produk formula yang digunakan.

Foto – entrenosotros.consum.es

Tak pandai pilih formula

Sama seperti foundation, produk contour juga terdapat dalam bentuk powder, cream, sticker dan banyak lagi. Apa yang perlu anda faham ialah kondisi kulit anda dengan formula produk yang dipilih. Sebagai contoh, jika anda seorang kulit yang berminyak mungkin anda memerlukan double contouring. Pertama sekali lakukan dengan formula cream kemudian tambah dengan jenis powder selepas selesai foundation

Foto – FROM LUXE WITH LOVE

Ini untuk produk lebih tahan lama pada kulit dan tidak meninggalkan kesan bercapuk. 

Rona yang tidak sesuai

Warna contour biasanya didatangi warna coklat atau coklat gelap untuk mencipta bayangan gelap pada bahagian wajah yang ingin disorok. Malah ia juga untuk menghidupkan semula warna kulit selepas disapu foundation. Namun berjaga-jaga dengan rona contouring anda, elakkan dari terlalu gelap atau terang paling tepat ialah 2 – 3 lebih gelap dari warna kulit atau foundation

Foto – Project Vanity

Malas blending

Sebab itulah dalam solekan ini anda perlukan sikap sabar dan rajin. Ingat senang nak jadi cantik ia peruntukkan masa dan sikap motivasi. Walaupun ia tersorok contour tetap memerlukan teknik blending yang kemas. Kalau anda inginkan hasil natural pentingnya untuk blend contour supaya tidak kelihatan garis kasar dan warna bertompok. 

Foto – elle.fr

Tips diatas bukan sahaja untuk contouring tapi adalah teknik asas untuk semua jenis langkah solekan.

RUJUKAN 1 & 2