Teringat pula filem ‘Confession Of A Shopaholic’ tentang seorang wanita yang obses dengan membeli barangan mewah sehingga menjerut diri dengan bebanan hutang. Sikap boros dan senang terpengaruh boleh membawa kepada sikap pembaziran. Belum lagi dengan yang suka berhutang untuk melunaskan kemahuan semata-mata. Malah ada juga yang sanggup mengetepikan keperluan diri hanya kerana ingin menjaga status diri.
Jika dahulu begitu payah sekali untuk berbelanja mewah, iyalah terpaksa menuju ke butik-butik terkemuka. Kini tak perlu ke butik anda boleh dapatkan apa sahaja dengan hanya dari telefon pintar. Tak kisah barang murah atau mahal segalanya ada. Apa yang anda perlu telefon pintar, data internet, kad kredit atau debit dan alamat tempat tinggal.
Membeli-belah secara talian telah mengubah pola kehidupan seseorang dari segi kewangan, keperluan dan taraf hidup. Ada kenalan penulis hidup berhutang gara-gara terlalu obses shopping online. Padahal barang atau produk yang dibeli tidak berharga ratusan atau ribuan ringgit. Cuma dia sudah ketagihan untuk mendapatkan barang baru setiap kali dihantar oleh pos.
Jika anda juga diantara shopaholic melalui atas talian berjaga-jaga wang terus mengalir seperti air walhal ia sangat diperlukan ketika musim panas yang tidak dapat diramal. Mari Wanista bantu anda untuk elakkan wang dari terus digunakan untuk perkara yang sia-sia.
Buang segala aplikasi
Iblis segala hasutan ialah aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar anda. Uninstall semua aplikasi membeli-belah bagi anda mengelakkan terus klik buka tanpa sebab tapi akhirnya menghabiskan duit tanpa niat.
Unsubscribe email
Dapat sahaja email mengenai jualan murah atau tentang produk baharu yang anda sebenarnya langsung tidak perlu terus klik dibahagian unsubscribe. Remind sahaja dalam kepada ia umpama spam yang dihantar oleh scammer.
Lihat baki akaun bank
Apa kata sebelum hendak lakukan keputusan untuk check out lihat dahulu baki wang yang ada dalam akaun. Fikirkan masak-masak tentang waktu kecemasan, keperluan semasa dan paling penting simpanan akan datang.
Had keluaran wang
Mungkin agak ketat tapi cara ini khas untuk mereka yang ketagih dan tidak boleh dibantu lagi. Tetapkan had keluaran wang dari akaun bank anda. Lama-kelamaan anda akan terbiasa untuk berbelanja dengan had yang anda.
Agak-agak boleh ikut tips diatas? Harap Wanista dapat membantu para pembaca ingat jangan digelar ‘biar papa asal bergaya’.