Kesihatan

Rupanya Ni Sebab Makin Gemuk Selepas Kahwin

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Rupanya Ni Sebab Makin Gemuk Selepas Kahwin

Walaupun baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga, sudah ramai tegur muka semakin bulat macam bola. Itu belum lagi bahagian pinggang dan punggung yang mula melebar. Adakah kita sedang mengalami simptom ‘gemuk selepas kahwin’?! 

IKLAN

Bagi anda yang masih bujang pasti merasa simptom ini hanya auta semata-mata tapi percayalah bila sudah dah kahwin memang akan ada dikalangan kita akan mengalami perubahan berat badan yang mendadak. Ramai yang berpendapat naik berat selepas berkahwin adalah perkara normal dan tanda pasangan yang bahagia. 

Foto – The Ascent

Namun bahagiakah anda dan pasangan dengan mengalami masalah obesiti dan penyakit sampingan daripada berat badan berlebihan. Wanista ingin merungkai punca sebenar kenaikan berat badan selepas berkahwin.

Pernah diet sebelum majlis kahwin

Tipu kalau ada yang tak pernah diet semata-mata untuk tampil langsing semasa majlis tapi lepas majlis sudah hancur! Kamu sanggup berhenti makan fast food, pergi joging setiap petang dan tolak segala minuman manis. Namun selang sehari sahaja selepas majlis kamu sudah tidak peduli tentang diet ketat. Mindset dan sikap tidak disiplin seperti inilah punca berat naik semula. 

Foto – 30Seconds

Terpengaruh dengan pasangan

Jika masa bujang dulu anda boleh berhati-hati tentang pemilihan makanan dan mempunyai jadual makan sendiri. Namun bila dah hidup berdua, anda kadang-kadang terpaksa mengikut kemahuan pasangan yang craving entah apa-apa. 

Foto – Newsmax.com

Hilang rasa insecure

Dulu masa tengah hangat bercinta memang cover habis bab makan kerana mahu menjaga kelakuan depan pasangan. Lagikan pula insecure tinggi takut pasangan rasa jelik kalau anda tidak cantik atau gemuk. Tapi akhirnya lepas kahwin anda rasa pasangan tidak lagi akan kisah dengan penampilan. Jadi boleh makan sesuka hati tanpa mempedulikan kesihatan. 

Foto – MadameNoire

Sepatutnya anda dan pasangan mengalakkan untuk bersenam dan menjaga kesihatan bersama bukannya sama-sama cari penyakit. Jadi boleh stop rasanya cakap berat naik kerana bahagia sebab ia hanya imaginasi semata-mata. 

RUJUKAN 1 & 2 

IKLAN