Jakarta, Manila, Bangkok, Singapura mereka singgah tapi kenapa Malaysia tidak? Kenapa?
Selepas Jonas Brother, Westlife, Blue, nampaknya satu lagi boyband kegilaan zaman kanak-kanak kita Backstreet Boys bakal membuat kemunculan semula dengan mengadakan jelajah dunia.
Kumpulan yang dianggotai AJ McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson, dan Brian Littrell baru-baru ini mengumumkan jelajah dunia “DNA Worldwide Tour” dan akan turun di Asia. Malangnya, nama Malaysia sama sekali tidak tersenarai.
Walaubagaimanapun, jiran terdekat kita seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura cukup beruntung kerana dapat bergembira dengan Backstreet Boys pada bulan Oktober ini. Jualan tiket untuk lawatan ke Asia masih belum diumumkan, jadi sila semak laman web www.backstreetboys.com dari semasa ke semasa.
Hurmmm… Penulis tertunggu-tunggu berita BTS datang Malaysia buat konsert tapi sampai hari ini masih hampa.