Makanan

Teh Susu White Rabbit Pula Jadi Buruan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Teh Susu White Rabbit Pula Jadi Buruan

Sejak beberapa minggu lalu, gula-gula White Rabbit menjadi buah mulut masyarakat dunia apabila ianya seraya viral kerana diolah menjadi perisa aiskrim sehingga dianggap sebagai menu paling gah. 

Bermula dari Los Angeles hinggalah ke beberapa jenama kedai aiskrim di Malaysia yang turut membangunkan resipi tersebut… sebelum akhirnya pihak gula-gula White Rabbit mendakwa menyalahgunaan jenamagula-gulanya oleh pihak tertentu tanpa sebarang izin sahih dari pihaknya.

Kini giliran jenama teh tempatan, Yumcha Tea Bar, pula berkolaborasi dengan Muse Eatery untuk memperkenalkan menu teh susu dipanggil “White Rabbit Milk Cha with Butterfly Pea Boba”.

Childhood memory is like… WHITE RABBIT CANDY!•Here come the White Rabbit Milk Cha with Butterfly Pea Boba in…

Posted by Yumcha My on Friday, March 22, 2019

Apa yang menarik, butir-butir bebola kanji yang disertakan dalam menu minuman teh susu ini jauh lebih unik apabila ia berwarna biru dan bukannya coklat atau kehitaman. Ini kerana, ia telah diramu dengan pewarna asli dari Bunga Kacang Telang (butterfly pea flower).

Foto -Facebook/yumcha.malaysia

Untuk pengetahuan semua, teh susu berperisa gula-gula White Rabbit yang dijual YumCha Tea Bar ini sudah pun terjual lebih 1 ribu cawan sejak dilancarkan sekitar hujung minggu baru-baru ini, dan kamu yang teringin bolehlah berkunjjung ke cawangan YumCha Malaysia yang berlokasi di Kelana Parkview Tower, Petaling Jaya.

Yumcha MY

Alamat: 39, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Malaysia

Waktu Operasi: 10AM – 9PM

Selamat mencuba!

RUJUKAN 1, 2