Tips

Tolong Jangan Guna Pencungkil Gigi Tiap Kali Makanan Tersekat!

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Tolong Jangan Guna Pencungkil Gigi Tiap Kali Makanan Tersekat!

Asyik menikmati makanan seperti daging bakar, jagung, roti, tiba-tiba tidak semena terdapat beberapa cebisan tersekat di celah gigi. Lantas dicapainya pencungkil gigi dan mengorek dengan bersungguh-sungguh bagi mengeluarkan sisa makanan tersebut.

Tapi tahukah, pencungkil gigi bukan penyelesaian terbaik untuk membuang sisa makanan. Bukan penulis pandai-pandai, tapi rata-rata doktor gigi tidak menyarankan mengguna pencungkil gigi.

Kenali Asal Usul Pencungkil Gigi

Dilaporkan, Charles Forster daripada Boston adalah orang pertama yang mencipta pencungkil gigi kayu buatan tangan di Amerika Syarikat.

Foto – Seindah Cerita

Menjelang tahun 1860, beliau menghasilkannya di Strong, Maine, dengan menggunakan mesin untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Pekan ini akhirnya dikenali sebagai pusat pencungkil gigi dunia, tetapi pada tahun 2003 Forster Manufacturing berhenti menghasilkan pencungkil gigi. Walaupun pencungkil gigi telah berubah, etika pencungkil gigi tetap sama sejak abad ke-17 – mencungkil gigi semasa makan atau di khalayak ramai dianggap tidak sopan, begitu juga meletakkan pencungkil gigi di belakang telinga atau membiarkannya tersangkut keluar daripada mulut anda.

Kenapa Tidak Elok?

Kenapa doktor gigi tidak mengesyorkannya? Kayu pencungkil gigi boleh terpatah dan tercucuk masuk dalam tisu gusi. Apabila tisu gusi tertembus, bakteria boleh masuk dan menyebabkan jangkitan. Sekiranya anda adalah seorang pengguna tegar pencungkil gigi, doktor gigi anda mungkin akan mendapati beberapa kerosakan pada gusi semasa pemeriksaan gigi.

Foto – FMT

Lebih Baik Floss

Paling mudah adalah dengan menggunakan floss. Floss sekali sehari juga menghilangkan plak berbahaya yang tersembunyi pada sisi gigi. Selain memberus gigi dengan menyeluruh, floss sangat penting dalam membantu mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau.

Baca : 6 Cara Buang Plak Gigi Secara Semulajadi

Mudahkan? Selepas ini dah jangan guna pencungkil gigi lagi.

RUJUKAN

BACA  Kawan Korang Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan?