Kecantikan

Selain Thalia, 7 Aktres Telenovela Cantik Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Selain Thalia, 7 Aktres Telenovela Cantik Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Rosalinda, Marimar, Arabella Grace Garcia, Maria Mercedes – antara nama watak drama telenovela yang cukup mendapat tempat di hati rakyat Malaysia suatu masa dahulu. Tidak kiralah yang tua atau muda, mereka disukai kerana miliki raut wajah yang sedap mata memandang, disamping hebat berlakon sama ada menerusi watak antagonis atau protagonis.

Wanista kumpulkan beberapa aktres yang pernah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Thalia

Baik lelaki atau perempuan, semua orang mengenali Rosalinda yang dimainkan oleh Thalia. Sehingga kini kecantikan Thalia diperkatakan walau sudah mencecah 40-an, beliau selamanya forever young.

Masih lagi awet muda. Foto – Arkib Wanista

Kristine Hermosa

Beliaulah ratu telenovela dari Filipina sekitar awal tahun 2000. Kristine Hermosa yang kini sudah bergelar isteri dan ibu kepada empat orang anak. Beliau terkenal menerusi gandingannya bersama Jericho Rosales menerusi telenovela Pangako Sa ‘Yo, Sana’y Wala Nang Wakas dan Dahil May Isang Ikaw.

Kristine berkongsi potter keluarga pada 1 Januari 2019 di Facebook. Foto – Facebook

Marian Rivera

Seorang lagi aktres Filipina yang namanya sentiasa menjadi siulan. Terkenal menerusi drama Marimar bersama Dingdong Dantes yang juga merupakan suaminya. Rata-rata orang kita menyukai Marian kerana visual beliau cukup sempurna – raut wajah jelita, kulit putih melepak disamping tubuh badan yang seksi menggoda. Khabarnya Marian sekarang sedang hamil anak kedua.

Bersama suami dan puteri kesayangan. Foto – ABS-CBN News

Ana María Orozco

Namanya mungkin tidak dikenali tapi lakonannya sebagai Beatriz Pinzón Solano dalam drama terhangat awal 2000 “Yo soy Betty, la Fea” pernah jadi kegilaan. Drama ini boleh dianggap sebagai pelopor untuk tema percintaan luar biasa antara si hodoh dan kacak. Yo soy Betty, la Fea sangat terkenal dan telah disiarkan ke seluruh dunia, kejayaannya telah melahirkan remake dari beberapa negara luar. Siapa sangka sekarang Ana Maria aka Betty sudah 45 tahun.

Zaman Betty vs Sekarang. Foto – Las2orillas

Gabriela Spanic

Kisah dua beradik kembar bernama Paola dan Paulina dalam telenovela La Usurpadora yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu sekitar awal 2000. ? Selepas La Usurpadora, Gabriela muncul dalam beberapa telenovela yang ditayangkan di Malaysia seperti La Intrusa, Por Tu Amor, Emperatriz dan Prisionera.

Sadisnya sekarang beliau banyak terlibat dalam skandal pembedahan plastik. Transformasi dari awal debut sehingga kini. Foto – cellcode.us

Scarlet Ortiz

Drama favorite penulis! Mis Tres Hermanas menceritakan abang bersama tiga adik perempuan yang berlainan sikap dan kisah. Ikoniknya watak Lisa Estrada lakonan jelitawan Scarlet Ortiz, seorang jururawat yang baik hati telah memukau penonton Malaysia. Penulis teringat akan rupa paras yang ayu serta rambut panjang hitam berkilat merupakan trademark.

Sudah mendirikan rumahtangga dan dikurnia seorang puteri. Tak sangka “Lisa” masih kekal dengan rambut lurus hitam berkilat. Foto – Facebook

Barbara Mori

Pasti pernah menonton telenovela Rubi? Apa tidaknya Rubi lakonan Barbara Mori pernah membuat satu Malaysia benci dengannya, Rubi adalah satu-satunya telenovela yang mengangkat watak antagonis sebagai heroin. Berbekalkan wajah yang jelita serta gaya yang seksi, sikap tamakan harta serta merampas kekasih kawan baiknya sendiri telah memberikan satu kelainan dari segi penceritaan telenovela yang sering ditayangkan di Malaysia.

Barbara bersama anak lelakinya yang kacak Sergio Meyer Mori. Foto – Yahoo

OMG Barbara Mori dan Scarlet Ortiz seriously Goddess… Langsung tak menampakkan usia 40-an. Apa rahsia awet muda?

BACA  Tona Kulit Sekata Selepas Dua Minggu Dengan Mary Kay TimeWise Vitamin C