Makanan

Sedia? Cafe Peminat EXO Pertama Malaysia Bakal Buka Di Kuala Lumpur

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Sedia? Cafe Peminat EXO Pertama Malaysia Bakal Buka Di Kuala Lumpur

Kita semua tahu, jika di Korea sendiri, kumpulan Kpop sering dikaitkan dengan perniagaan kedai kopi. Mungkin kerana konsepnya yang santai dan memberi peluang kepada pengunjung untuk berehat sambil menikmati rasa dan aroma harum kopi asli, ia secara tidak langusng mampu menerbitkan keghairahan yang cukup mengasyikkan.

Ditemani hiasan dalaman kedai yang dilengkapi foto-foto atau barangan edisi terhad yang menampilkan wajah Kpop idol, biarpun peminat yang berkunjung tidak mampu bersua dengan idola mereka secacara realiti, elemen sebegitu pun sebenarnya merupakan bonus yang bukan mudah untuk diperolehi di mana-mana.

Sumber: Pinterest

Terkini sejak Sabtu lalu, heboh pula diperkata tentang kemunculan kafe peminat EXO yang bakal dilancar di Kuala Lumpur tidak lama lagi!

BACA  Elak Pencemaran: Syarikat Mexico Cipta Sudu Kitar Semula Guna Biji Avokado

Seperti laporan portal hiburan hype.my, kafe yang dipanggil The Brussette Cafe itu adalah olahan seorang peminat EXO di Malaysia yang baru sahaja berusia sekitar 20-an bahkan, dia juga adalah seorang gadis Muslim  yang pastinya akan menyediakan seleksi menu Halal buat para EXOLs di Malaysia.

Tonton Video Muzik “Universe” oleh EXO

Sehingga kini, belum ada sebarang makluman lebih lanjut berkenaan pembukaan kafe berkenaan dan apakah menu isrimewa yang bakala disajikan buat pengunjung yang terdiri daripada para peminat EXO. Namun begitu, pemilik The Brussette Cafe itu tahun lalu dia ada ke Korea dan berkesempatan melawat Viva Polo dan bertemu sendiri dengan ibu Chanyeol.

Sumber: Pinterest

“Saya memberitahu ibu Chanyeol yang saya mahu membangunkan kafe sendiri di Malaysia dan bertanyakan tentang pendapatnya. Dia memberi idea kepada saya untuk menggunakan nama “The Brussette Cafe” kerana itu adalah salah satu nama yang dicadangkan sendiri oleh Chanyeol kepadanya sebelum nama “Viva Polo” itu dahulu”, jelasnya dalam sebuah pos di Twitter.

BACA  Nespresso Tawar Si Kaki Kopi Dengan Pilihan Kopi Tertua Di Dunia

Sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dilakukan The Brussette Cafe melihatkan ini adalah kafe peminat EXO pertama di Malaysia!

RUJUKAN 1, 2