Muzik

Dapatkan Audio Paling Berkualiti Di Harman Studio Sekarang!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Dapatkan Audio Paling Berkualiti Di Harman Studio Sekarang!

Adakah pembesar suara, fon kepala anda sudah mencapai audio paling sempurna?

IKLAN

Dikenali sebagai jenama audio terkemuka dalam menawarkan produk audio yang berkualiti, Harman membuka studio pertama di Malaysia.

Foto – Arkib Wanista

Terletak di Sunway Geo Avenue, studio ini menawarkan pengguna solusi audio Harman yang serba lengkap dan juga produk terbaru mereka. Lengkap dengan jenama seperti JBL, Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon, dan Revel, Studio Harman adalah salah satu yang pertama di rantau APAC dan ia dijangka akan dapat mengukuhkan kehadiran Harman di rantau ini.

Foto – Arkib Wanista

Studio ini menempatkan ruang pameran dua tingkat berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi. Menjadi kebanggaan sebagai ruang pameran Harman yang terbesar di Malaysia, ia melibatkan ruang pameran dengan konsep gaya hidup yang paling eksklusif. Pengunjung dapat mengalami sendiri gaya hidup Harman yang dijelmakan semula oleh pembesar suara mudah alih dan fon kepala Harman. Selain itu, mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan konsep rumah Harman yang dimeriahkan oleh bar bunyi, teater rumah dan ruang audio mewah.

Foto – Arkib Wanista

Apa kata, anda datang sendiri ke Sunway Geo untuk merasai pengalaman menakjubkan ini.