Fesyen

Himpunan Pertunjukan Fesyen Paling Tak Masuk Akal Menurut Wanista

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Himpunan Pertunjukan Fesyen Paling Tak Masuk Akal Menurut Wanista

Jika Chanel sering menjadi jenama fesyen agung yang tidak pernah jemu menghidangkan para tetamu yang hadir ke pertunjukan fesyennya dengan set runway yang unik lagi fantastic, sebenarnya banyak lagi jenama fesyen lain yang tak kurang hebatnya dalam menghiburkan penonton dengan seleksi pertunjukan fesyen tak masuk akal termasuklah sebuah pertunjukan fesyen di Arab Saudi ini yang menggantikan tempat peragawati dengan drones.

Nampak lebih sopan lah kononnya kerana tidak menjadikan wanita sebagai ‘objek’ untuk menarik perhatian?

Namun begitu, hal itu kemudian menjadi viral dalam kalangan pengguna Internet dan ramai beranggapan pertunjukan fesyen itu adalah yang paling tidak masuk akal!

Khas buat semua, ini Wanista himpunkan lagi beberapa pertunjukan fesyen paling diingati sepanjang zaman.

#1 Gucci (Fall/Winter 2018)

Unik, pelik dan ternyata mengundang mimpi ngeri. Pertunjukan fesyen Gucci yang satu ini menjadikan suasana dalam hospital sebagai konsep utama sebelum menghias model-modelnya dengan seleksi aksesori dan prop pelik termasuklah klon kepala, sarung wajah, solekan mata dajal dan banyak lagi. Boleh lihat video di bawah.

Ada yang kata kebanyakan rekaan musim Luruh/Sejuk 2018 Gucci yang dipamerkan di Milan Fashion Week ini pelik-pelik belaka kerana ia cuba menyampaikan maksud terserat. Hmm???

#2 Chanel (Fall/Winter 2019)

Terbeliak jugalah tengok pertunjukan fesyen Chanel yang ini. Memang dah selalu sangat jenama Chanel menganjurkan pertunjukan fesyen yang gah bahkan sebelum ini, pernah sakan membawakan konsep tema pertunjukan fesyen dalam pasaraya, lapangan terbang dan banyak lagi!

Tahun lalu, set pertunjukan fesyen Chanel dipenuhi salju sebenar dan para penonton semuanya umpama berada di sebuah kawasan pergunungan yang merupakan tempat peranginan mewah. Nasib baik tak ada model yang berski sewaktu berlangsungnya persembahan koleksi rekaan musim Luruh/Sejuk Chanel untuk tahun 2019/2020 tahun lalu tu kan? Hehe

#3 Louis Vuitton (Spring/Summer 2013)

Lain daripada yang lain apabila Louis Vuitton menempatkan beberapa buah eskalator dalam set pertunjukan fesyennya untuk musim Bunga/Panas 2013! Ternyata menggamit memori, pertunjukan fesyen itu dikatakan antara salah satu fashion show paling ikonik dan sering diingati sehingga kini. Tonton video untuk lihat kemegahannya.

#4 Tommy Hilfiger (Spring/Summer 2016)

Siap dilengkapi pasir pantai sebenar, kolam serta latar yang diumpamakan seperti kawasan pantai Hawaii! Tommy Hilfiger mencipta sejarah apabila jenamanya tampil dengan konsep pertunjukan fesyen yang asyik untuk menyambut kehadiran musim Bunga/Panas tahun 2016!

Tonton video di bawah untuk lihat warna-warni tepi pantai yang sangat realistik.

#5 Rick Owen (Spring/Summer 2016)

Sekali pandang memang nampak kelakar, tapi bila difikir-fikir balik, pereka fesyen Rick Owen ini memang kreatif melampau bila terdetik untuk menghasilkan karya berbentuk “beg sandang manusia” sebegini.

Atas tujuan apa beliau cuba tampilkan konsep sebegitu rupa? Tiada siapa yang tahu melainkan, selepas pertunjukan fesyen aneh itu, namanya mulai dikenali dan menjadi sebutan dalam kalangan peminat dan pengikut fesyen di seluruh dunia. Sila tonton video di bawah untuk lihat keunikannya.

#6 Moschino (Spring/Summer Fashion Show 2016)

Menarik dan sangat berwarna-warni, Moschino tampil ganjil dengan mengetengahkan kerja-kerja pembinaan jalan raya sebagai konsep pertunjukan fesyen musim Bunga/Panas 2016!

Landasan pertunjukan fesyen semuanya dipenuhi tanda-tanda amaranjalan raya manakala, model-model pula meriah dengan seleksi rekaan yang diinspirasikan daripada seragam keselamatan, warna neon kon jalan serta corak cetakan plat tanda amaran. Memang mengancam!

#7 Hussein Chalayan (Spring/Summer 2016)

Dengan kerjasama bersama Swarovski untuk menghasilkan koleksi musim Bunga/Panas 2016, Hussein Chalayan ada mengetengahkan satu konsep unik menerusi persembahan fesyennya apabila meletakan dua subjek berupa model yang dipakaikan helaian pakaian serba putih yang mungkin diperbuat daripada kertas.

Dalam pada acara pertunjukan fesyen berlansung, air dipancurkan daripada atas landasan kemudian membasahi seterusnya bertindak menanggalkan cebisan pakaian kertas tadi sebelum menampakkan helaian rekaan sebenar yang sedikit-sebanyak membuatkan penonton terpana. So cool!

#8 Ashish (Spring/Summer 2015)

Pernah melihat model bermain papan luncur di landasan fesyen? Nah, ini pereka fesyen Anish mulakan pembaharuan yang buat ramai penonton ternganga!

Dalam masa yang sama, ada pula beberapa model LGBT disertakan sekali sebagai peragawati yang memperagakan sebahagian koleksi musim Bunga/Panas 2015 rekaannya di London Fashion Week. 

Menurut korang, yang mana satu paling menarik? ❤️

BACA  Temui Aktres Oh Yeon Seo Di Suria KLCC Pada 19 Jun Ini!