Kebiasaan untuk setiap wanita meniru setiap rutin kecantikan yang diamalkan selebriti. Apa yang dipakai mereka, kita pasti mahu mencubanya dengan alasan ia mungkin berkesan… walhal mungkin tidak.
Rutin kecantikan Duchess of Cambridge, Kate Middleton bukan rahsia lagi. Yang menarik, beliau hanya menggunakan produk mampu milik dan mudah didapati. Baru-baru ini, Kate bersumpah dengan keberkesanan rosehip oil pada mukanya.
Trilogy Rosehip Oil
Khabarnya produk perawatan kulit kegemaran Kate ialah minyak rosehip organik. Sama seperti Miranda Kerr dan Gwyneth Paltrow, Kate menyukai jenama Trilogy Certified Organic Rosehip Oil. Si cantik ini mula menggunakan rosehip oil ketika dia mengandungkan Princess Charlotte. Minyak muka Trilogy ini mengandungi antioksidan yang membantu mencegah kedutan. Menurut sumber terdekat, Kate menyukai kesan pada kulitnya setiap kali menggunakan rosehip oil, “She loves the effect it has on her skin. Her mother, Carole is also a fan.”
Kebaikan Rosehip Oil
Rosehip Oil adalah perawatan organik bagi merawat punca kulit bermasalah. Ia sangat kaya dengan asid lemak perlu (essential fatty acid) iaitu komponen yang amat penting dalam melindungi dan menyihatkan kulit. Sekiranya kamu berhadapan dengan masalah kulit yang tidak sembuh-sembuh selepas mencuba pelbagai produk, apa kata mencuba rosehip oil sebagai perawatan intensif. Ia selamat, semulajadi dan tiada kesan sampingan.
Antara masalah kulit yang boleh sembuh dengan keajaiban rosehip oil termasuklah:-
- Parut termasuk parut acne dan kesan parut lama
- Ekzema
- Kesan kulit terbakar, dan kesan kulit terkena selaran matahari
- Menghidrasi kulit yang kekeringan
- Membaiki sel kulit yang rosak
- Mengurangkan kedutan
- Merawat kulit matang dan sebagai anti-penuaan
Walaupun secara amnya untuk muka tetapi rosehip oil ternyata berkesan diguna pada bahagian anggota badan lain. Sebagai contoh, sesetengah wanita mendapati bahawa ia membantu memudarkan kesan parut dan tanda regangan. Menurut kajian yang dijalankan Trilogy, 43% melaporkan ia mengurangkan kesan regangan dan 41% mengatakan ia meningkatkan warna parut mereka. Hanya sapukan beberapa titis pada wajah waktu pagi dan petang, dan secara perlahan kulit akan mula menampakkan kesan, mempunyai cahaya yang sihat dan jelas.
Minyak Rosehip sememangnya melakukan keajaiban pada kulit, dan bila digunakan Kate Middleton maka tidak hairanlah ia laku keras sehingga mampu menjual satu botol setiap 20 saat.
Jika berminat, anda boleh beli secara atas talian di Lazada, EzBuy, Watson, dan Zalora.