Jarang sekali kita melihat pembikin filem mahu melaksanakan karya yang berbentuk filem biografi kerana bukan mudah untuk para pelakon menggambarkan sifat seseorang pada kadar yang sebenar-benarnya secara menyeleruh dan sempurna.
Namun begitu, baru-baru ini khabarkan bintang megastar Bollywood, Aamir Khan, bakal melakonkan kembali watak atlet marathon dalam pembikinan semula filem Amerika yang diinspirasikan dari filem “Forrest Gump” terbitan 1994 arahan pengarah Robert Zemeckis serta penulis skrip Eric Roth.
Menurut laporan Star2.com, Aamir Khan akan memegang watak sebagai atlet Samir Sigh yang pernah memecahkan rekod larian sepanjang 13,750km selama 7 bulan 6 hari semata-mata berimpian mahu mengumpul dana untuk ahli keluarga tentera Syahid di India. Menurut sumber lagi, larian itu dilakukan Samir pada jarak 100km setiap hari dalam masa 100 hari lamanya!
Samir Sigh adalah seorang atlet dan tokoh perwira di India (meskipun kurang dikenali netizen) kerana kesetiaan dan keutuhan jiwanya yang sanggup bersusah payah demi menggembirakan hati insan lain yang kurang bernasi baik.
Menurut sejarahnya, pada 5 Disember 2017, jejaka berbangsa Punjab itu telah berlari menerusi jalan Selatan India ke Kanyakumari, sebelum ke Kolkata dan seterusnya berlari ke daerah Utara-Timur. Selepas itu, Samir Sigh menuju pula ke sempadan Nepal dan akhirnya berhenti berlari di Himalaya untuk sampai ke Jammu via Srinagar.
Menurut portal thebetterindia.com pula, pada tahun yang sama, Samir Sigh telah menghabiskan masa 3 bulan untuk berlari dari sekitar pelusuk Mumbai dan hidup berasaskan ihsan bantuan orang ramai termasuk perkakas seperti pakaian dan makanan demi mendapat pulangan cuma sebanyak RM11.20 sehari.
Waktu itu, Samir Sigh sukar mendapatkan penaja namun dua orang pembikin filem Mumbai iaitu Vikram Bhatti dan Vandana Bhatt menyokong dan membantu beliau dengan mempopularkan beliau di mata orang ramai sebagai “The Faith Runner” sekaligus membangunkan sebuah laman Facebook rasmi untuk mengutip dana bagi membantu meringankan beban Samir dan merealisasikan impiannya untuk terus berlari yang merupakan minat dan kebolehannya sebagai atlet marathon.
Tonton Trailer Filem Forrest Gump 1994
Untuk pengetahuan semua, Samir Sigh pernah menyatakan bahawa dia adalah seorang anak petani yang datang daripada kawasan kampung kecil dipanggil Madhya Pradesh. Tugasnya setiap hari sedari kecil adalah untuk menghantar 20km guni bijirin dari kampungnya ke kampung yang satu lagi dan atas sebba itu juga, beliau terinspirasi untuk menjadi seorang pelari yang mampu memberi manfaat buat semua.
Jelas laporan Star2.com lagi, filem remake “Forrest Gump” versi Bollywood yang dilakonkan Aamir Khan dijangka tayang di pawagan sekitar tahun hadapan.