Dekorasi

“Cara Halus” Barang Rumah Sebenarnya Boleh Mengundang Penyakit

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
“Cara Halus” Barang Rumah Sebenarnya Boleh Mengundang Penyakit

Setiap orang tentunya menginginkan kebersihan dalam hidupnya. Tidak terkecuali dengan kediaman yang bersih, segar dan wangi kerana di sinilah tempat kita berehat dan menghabiskan masa.

Tapi jangan tak tahu kediaman yang terlalu bersih juga boleh mengundang bahaya, obsesi terhadap air freshener boleh mengganggu kesihatan serta beberapa perkara lagi yang tidak kita endah.

Penyegar Udara

Siapa di sini yang ketagih dengan air freshener? Jika kamu obses menjaga rumah dengan haruman segar, kamu sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Lilin, oil diffuser, plugin freshener, atau scented spray mungkin mengandungi phthalates, bahan kimia yang boleh mengganggu sistem endokrin dengan mengganggu hormon. Wanista syorkan kamu membuka jendela, meletakkan pokok dan bunga segar atau sekadar menggunakan minyak pati semulajadi untuk titip kesegaran dalam kediaman.

Foto – Muji

Bekas Plastik

Bekas penyimpanan plastik mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti BPA, yang boleh meresap ke dalam makanan apabila dipanaskan semula atau dengan mengisi makanan ketika panas. Elak guna plastik dan memilih bekas penyimpanan kaca atau botol jenis keluli tahan karat.

Foto – Reader Digest

Guna Kuali Non-Stick Yang Rosak

Kuali tidak melekat biasanya diperbuat daripada aluminium dan kemudian disalut dengan polytetrafloroethylene, atau PTFE (juga dikenali sebagai Teflon) atau mempunyai seramik yang digunakan pada kuali tanpa PTFE. Bila kuali rosak, beberapa lapisan tidak melekat boleh merebak ke dalam makanan anda (kuali juga menjadi lebih melekit). Ini boleh mengeluarkan sebatian toksik. Apa yang lebih berbahaya ialah memasak dalam kuali tidak melekat di atas haba yang tinggi juga boleh mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil asid perfluorooctanoic.

Foto – IndiaMART

Makanan Dalam Tin

Makanan dalam tin memang mudah dan murah tapi ia punya keburukan sampingan yang kita ambil ringan. Sesetengah tin dipenuhi dengan bahan yang mengandungi BPA (bahan kimia industri untuk ketahanan lama) yang boleh berpindah ke makanan, terutama yang panas ketika dibungkus atau berasid. Dipercayai BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

Foto – Survival Mastery

Kemenyan

Tahukah, pembakaran kemenyan boleh menghantar sejumlah besar zarah ke udara, yang kemudiannya boleh menyebabkan saluran pernafasan tergugat. Ia juga mengandungi sejumlah bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Foto – wikihow

Tiada Tanaman Hijau Dalam Rumah

Tanaman hidup boleh memberi sumber oksigen yang lebih segar, bahkan mampu menyalurkan sensasi aura positif dalam kediaman. Kajian NASA mendapati bahawa tumbuhan seperti English Ivy, Gerbera Daisy, Bamboo Palm, dan Chinese Evergreen berkesan dalam menyerap dan mengeluarkan bahan berbahaya seperti karbon monoksida dari udara.

Foto – Samaa TV

Baca : 8 Tanaman Hiasan Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah

Tak Tapis Air

Ada lagi ke yang masih tidak menggunakan penapisan air? Mungkin air yang anda minum itu nampak bersih pada zahirnya tapi ia masih mengandungi karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis yang keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda. Satu sistem penapisan air di rumah dapat membantu anda untuk menapis segala kekotoran, bau-bauan dan juga bahan-bahan tercemar yang terdapat dalam air minuman.

Foto – Allergy Buyers Club

Baca : Coway Pikat Rakyat Malaysia Dengan Penapis Air “Ombak”, Ini Kelebihannya…

Alatan Mainan Tidak Dibasuh

Bukan sekadar kuman yang melekat pada alatan mainan tetapi juga habuk toksik boleh merbahaya kesihatan si kecil. Pastikan mencuci alatan mainan dengan kerap untuk meminimumkan habuk yang terkumpul.

Foto – Mouths of Mums

Bila Keadaan Rumah Terlalu Bersih

Kita tahu semakin bersih, maka kuamn bakteria semakin menjauh, Tubuh pula lebih sihat. Namun, fakta menyatakan bahawa terlalu bersih boleh menimbulkan masalah pada sistem kekebalan tubuh anak. Terlalu banyak bakteria yang disingkirkan, ia kemungkinan akan menyerang kita.

Foto – Homedit

Sekarang… Selamat Beramal!

RUJUKAN

BACA  Demi Keselamatan, IKEA Tegas Pulangkan Almari Berlaci SUNDVIK