Berita & Isu Semasa

Walau Terlibat Skandal Pelacuran, Peminat Indonesia Tetap Sokong Seungri

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Walau Terlibat Skandal Pelacuran, Peminat Indonesia Tetap Sokong Seungri

Hurmmm…

Ya, anda menggemari, mengidolakan mereka tapi kalau mereka terlibat dalam perbuatan jenayah, masih mahu menyokong mereka? Sedih sebab taksub sangat!

Dilaporkan kira-kira 200 peminat Indonesia berkumpul di Sudirman Central Business District, Jakarta untuk menunjukkan sokongan kepada Seungri yang kini dalam siasatan skandal pelacuran dan dadah.

Vip (nama fandom) yang hadir tanpa segan silu menyanyikan lagu Big Bang bersama-sama dengan banner, bunga, poster dan lightstick, semuanya demi Oppa kesayangan mereka.

Pada asalnya, Seungri dijadualkan mengadakan konsert solo di Indonesia pada tarikh itu, Walaubagaimanapun, konsert telah dibatalkan kerana perbicaraan skandal hitam yang berterusan.

Seorang peminat menyatakan, “Saya tidak percaya Seungri melakukan perkara-perkara terkutuk seperti itu. Kita perlu berhati-hati terhadap laporan berita yang diperbesarkan.”

“Sokongan kami untuknya tidak bermakna kami menyokong pelacuran. Kami hanya mahu isu ini diselesaikan dengan baik dan cepat.”

BACA  Panas Melampau! Kawasan Kepong KL & Sekitar Perak Antara Terlibat

Ternyata sejak gambar viral di media sosial, rata-rata netizen menghentam tindakan peminat Indonesia malah merasakan mereka ini “brainless”, gila dan merepek.

Aduhai kenapa sampai macam ini sekali jadinya? Otak letak dekat mana adik… Sebab mereka, orang Indonesia lain turut terkena tempias.

RUJUKAN : 12