Kembara

Penerbangan Panjang? Ini Benda Yang Kamu Perlu ‘Prepare’

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Penerbangan Panjang? Ini Benda Yang Kamu Perlu ‘Prepare’

Seronok bukan kepalang lagi bila saat pertama kali akan menaiki penerbangan ke luar negara. Lagikan pula penerbangan yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi. Barulah ada feeling seperti orang hendak bercuti mewah kan? 

Buat anda yang pertama kali merasai penerbangan jarak jauh ada perkara yang perlu anda sediakan. Ini sebagai persiapan untuk anda lebih merasa selesa dan tidak jatuh sakit ketika penerbangan. Iya, ada orang boleh dapat selsema dan demam ketika menaiki kapal terbang. 

Jangan anda ingat naik kapal terbang best sangat sebab kadar pengudaraan dan kebersihan bukan terjamin sangat pun! Tiket kapal terbang dah ready? Mari sediakan perkara ini pula…

#1 Kain kashmir atau pashmina

Naik kapal terbang sama seperti tinggal di hospital, suasana sejuk dan mempunyai bau antiseptik yang agak kuat. Jika penerbangan lebih dari empat jam mungkin keadaan kapal terbang jadi lebih sejuk. Jadi nasihat Wanista sediakan kain selimut atau selendang dari kahsmir atau pashmina yang boleh memanaskan badan. Jangan lupa juga baju sejuk, stokin untuk dibawa bersama. 

Foto – Star2.com

#2 Kit mandian

Bukanlah untuk mandi didalam tandas kapal terbang tapi untuk simpanan sendiri sebagai alat kebersihan. Biasanya dalam kit terdapat sabun, losyen tangan atau minyak aromaterapi anda boleh pilih kit yang bersesuaian kehendak anda. 

#3 Hand sanitizer

Sentiasa sediakan hand sanitizer sebagai pelindung tangan anda dari sebarang bakteria dan kuman. Anda kena tahu tempat duduk anda itu telah digunakan oleh berpuluh penumpang yang lain.

Foto – Vogue

#5 Gula-gula atau snek

Kalau tak boleh tidur atau mengalami kebosanan tahap maksima apa lagi mulakan misi mengunyah. Keadaan sejuk dalam kapal terbang mungkin anda jadi kerap lapar. Hendak menunggu next meal agak lama jadi alas dulu perut kamu dengan snek ringan. 

#6 Face mask atau wipes

Jangan lupa untuk kekalkan hidrasi kulit wajah anda. Sediakan satu semburan wajah untuk menyegarkan semula kulit akibat kekusaman. 

Foto – Groupon

Have a safe flight readers! 

RUJUKAN