Hiburan

Lily Collins Dah 30 Tahun? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dia

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Lily Collins Dah 30 Tahun? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dia

Penulis agak lambat mengenali aktres berbakat Lily Collins (Lily Jane Collins), pernah menonton banyak juga filem lakonan beliau namun benar-benar jatuh cinta selepas filem Love, Rosie iaitu adaptasi novel terkenal Where Rainbows End hasil penulisan Cecelia Ahern. 

Siapa sangka genap 18 Mac lalu Lily sudah pun berusia 30 tahun! Dari posting Instagram nampaknya Lily tidak sabar untuk melangkah berjalan dalam dekad baru beliau.

Penulis seperti tidak percaya gadis yang dahulunya berwajah baby face dan bertubuh kecil molek ini sudah menjadi seorang wanita dewasa. Terpegun melihat Lily masih lagi dengan gaya remaja, bersahaja dan paling penting tidak tenggelam dalam dunia Hollywood. Tetap ada sahaja karya-karya terbaru dan peluang menjadi penghias muka majalah dan duta produk kecantikan.

Foto – Shape Magazine

Disebabkan sangat mengagumi Lily, penulis ingin berkongsi sedikit fakta menarik tentang Lily Collins yang mungkin anda sendiri tertinggal. Jom baca! 

Berdarah Amerika-Inggeris

Kecantikan Lily mungkin dari hasil campuran ayah orang Inggeris dan ibunya pula asal Amerika Syarikat. Lily juga adalah anak kepada penyanyi Inggeris terkenal Phil Collins. Walaupun begitu, Lily tidak pandai berslang Inggeris dan mengekalkan slang Amerika kerana dia berpindah ke Los Angeles selepas isu penceraian ibu bapa hanya ketika Lily berusia 4 tahun.

Ketika bersama bapanya. Foto – Vanity Fair

Penulis

Sangat sangat berbakat dalam bidang penulisan sehingga mampu menulis buku pertama beliau Unfiltered: No Shame, No Regrets, Just Me dan mendapat pujian yang hebat dari pembaca dan pengkritik. Jangan main-main ya Lily merupakan pemegang ijazah bidang kewartawanan dan pernah menulis untuk majalah Seventeen, Teen Vogue dan The Los Angeles Times.

Foto – thefeather.com

Kejayaan

Sebelum bermula kerjaya sebagai pelakon, Lily aktif dalam dunia modelling sehingga diberi gelaran ‘International Model of the Year’ oleh Majalah Glamour (Sepanyol) selepas dipilih untuk memperagakan busana Chanel pada tahun 2007. Kemudian diikuti menempa nama

Foto – Red Carpet Dresses

Kecantikan luar biasa

Sering dikaitkan dengan kecantikan asli yang susah dijumpai pada zaman sekarang lebih lagi wajahnya mempunyai iras aktres klasik, Audrey Hepburn. Malah ada yang mengatakan bentuk wajah Lily Collins sudah cukup sempurna. Berilah apa gaya solekan dan busana pasti kena sahaja dengan beliau. Beruntung sangat menjadi seorang Lily Collins. Alahai…

Foto – Reddit

Jamie Campbell Bower

Pernah berpacaran dengan ramai bintang lelaki ternama, namun penulis ingat betapa obses penulis ketika Lily Collins bercinta dengan pelakon asal British Jamie Campbell Bower. Mereka mula berkenalan ketika sama-sama menjalani pengambaran filem The Mortal Instruments: City of Bones tahun 2013. Selama lima tahun percintaan yang pasang surut, akhirnya pada 2018 mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Kalau secara zahirnya Lily agak tidak sepadan dengan Jamie tapi itu yang membuatkan mereka berdua terlihat sebagai pasangan yang unik.

Foto – Daily Mail

Kini?

Lily Collins bakal keluar dengan filem baharu bertajuk Tolkien bergandingan dengan Nicholas Hoult. Teruja juga penulis menunggu filem baru ini kerana berkisarkan biografi penulis hebat J. R. R. Tolkien yang menulis cerita fantasi The Hobbit, Lord of the Rings dan The Silmarillion. 

Foto – Daily Mail

Ada tak diantara pembaca Wanista juga die-hard fans Lily Collins. Apa yang kamu suka tentang beliau? 

RUJUKAN 1 & 2

BACA  The Conjuring "Lorraine Warren" Sebenar Mati Usia 92 Tahun, Kenali Dirinya...