Suatu masa dahulu Kylie Jenner menjelaskan beliau melakukan suntikan filler pada bibir kerana pengalaman tragis bercumbuan dengan cinta pertama. Lelaki tersebut memperlekehkan bibir nipis dan kecil Kylie sehingga gadis muda itu mengalami malu yang amat dasyat sehingga nekad melakukan filler. Bibir besar dan tebal merupakan idamannya sejak remaja lagi.
Siapa sangka suntikan filler membuatkan bibirnya cukup seksi dan cantik di mata ramai. Dan kerana itu, gadis remaja terpanggil untuk melakukan suntikan filler, walau tidak punya alasan yang kukuh.
- Foto – BET Networks
Suntikan dermal filler atau dipanggil filler bertujuan untuk mendapatkan wajah dan bentuk tubuh idaman. Dermal filler adalah merupakan bahan sintetik yang disuntik ke dalam lapisan dermis untuk memberi sokongan dalam lapisan tersebut.
Penggunaan bahan ini adalah meluas dalam bidang kosmetik kerana ia melibatkan prosedur kurang invasif. Tidak hanya disuntik pada pipi, dagu, hidung dan bibir untuk dibentuk, filler juga disuntik pada anggota tubuh yang lain seperti payudara dan pinggul.
Bagaimanapun, ramai kalangan mereka yang taksub dengan kecantikan mengambil jalan mudah dan murah dengan mendapatkan suntikan filler di pusat-pusat kecantikan atau individu yang tidak bertauliah, tanpa memikirkan risiko yang dihadapi.
- Foto – medifine.co.uk
Tapi sebelum kamu terfkir untuk melakukannya, ini beberapa fahaman kamu kena tahu sebelum mengambil suntikan filler.
Bagaimana suntikan filler dilakukan?
Filler biasanya digunakan untuk meningkatkan saiz bibir. Filler berasaskan kolagen atau asid hyaluronik adalah jenis kebiasaan. Jenis filler yang kebiasaannya boleh membawa kepada kesan negatif adalah daripada jenis kekal yang sudah diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan.
“Mana-mana pegawai perubatan yang sah akan guna filler daripada asid hialuronik atau kita panggil HA filler. Ia berasaskan air, jadi apabila air berada di bawah kulit maka tidak akan mendatangkan reaksi tubuh. Yang kekal ini pula biasanya daripada sumber seperti haiwan, Contohnya, kolagen yang diperoleh daripada lembu dan babi,” ujar Doktor Perubatan Estetik, Dr. Nazelia Thibroni.
- Foto – Pinterest
Berapa lama filler bibir bertahan?
Ia bergantung kepada faktor-faktor seperti usia pesakit dan jenis rawatan filler yang digunakan. Top-up biasanya diperlukan setiap empat hingga enam bulan untuk mendapatkan hasil yang dingini. Sekali buat tidak akan mendapat hasil lumayan, perlu diperbaiki sehingga dua atau tiga, bergantung kepada keadaan.
Kesan selepas melakukan filler?
Selepas prosedur, anda akan mengalami kemerahan, bengkak dan sakit di tempat suntikan, selalunya sekitar 24 jam. Katakanlah suntikan filler masih berlanjutan sakit sehingga bernanah, keras malah terusan membengkak, runding kembali dengan premis kecantikan atau berjumpa pakar untuk rujukan lanjut.
- Foto – BET Networks
Risiko dan kesan sampingan?
Pembesaran bibir adalah prosedur perubatan dan semua prosedur perubatan mempunyai risiko yang berkaitan dengan penggunaan jarum, termasuk jangkitan, lebam, dan pendarahan. Terdapat risiko yang berkaitan dengan filler, termasuk alergi, nekrosis dan buta [ini berlaku kerana filler menghalang pembuluh darah]. Bila keadaan ini terjadi, anda diminta rujuk kembali dengan pakar kecantikan sekiranya berlaku kecemasan.
Filler adalah bahan asing yang disuntik ke dalam tisu seseorang individu. Ianya boleh menyebabkan benjolan kulit yang tidak sekata, radang kulit, jangkitan kuman, lebam serta pendarahan sekirangnya suntikan terlalu dalam.
Kena tahu yang mana haram dan halal ye? Selamat Beramal!