Makanan

Doktor Sokong Orang Afrika Makan Tanah Liat Elak Kebulur, Lihat Kenapa…

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Doktor Sokong Orang Afrika Makan Tanah Liat Elak Kebulur, Lihat Kenapa…

Seperti yang kita semua tahu, pasir atau tanah lazimnya mengandungi sumber mineral yang tinggi. Pernahkah kamu terdengar tentang tabiat memakan pasir dan tanah liat dalam kalangan masyarakat dunia tertutamnya bagi mereka yang mendiami kawasan miskin dunia seperti di beberapa wilayah sekitar Afrika?

IKLAN

Biarpun dianggap jijik dan abnormal, tabiat itu sebenarnya memang wujud dan ia dikenali sebagai “Geophagy” menurut pakar.

Tonton Penjelasan Tentang Tabiat memakan Pasir/Tanah Liat “Geophagy”

Untuk pengetahuan kamu, terdapat juga haiwan seperti burung dan mamalia lain yang memanfaatkan tanah liat serta pasir ke dalam diet harian mereka namun sehingga kini, tiada sebarang penjelasan saintifik dikeluarkan ekoran tabiat pelik tersebut. 

Seperti penulisan yang dikongsikan carlosexpeditions.com, haiwan atau manusia yang melakukan tabiat ini biasanya disokong oleh faktor kekurangan nutrisi dalam diet harian mereka. Ini termasuklah kekurangan mineral seperti garam dan magnesium yang menurut saintifiknya memang sangat dibutuhkan sistem saraf manusia bagi menggalak kelancaran otot serta jantung.

Foto -The Bitter Southerner

Hakikatnya, Geophagy bukanlah perkara pelik tetapi ia sememangnya amalan kuno yang sudah diamalkan nenek moyang kita bagi mengekal kecantikan fizikal dan membersih sistem tubuh untuk meningkatkan kesihatan.

Proses membuat penkek tanah liat yang dicampur dengan air dan garam sebelum dikeringkan membulat. Khabarnya, ia memiliki tekstur seperti biskut. Foto -contemporaryfoodlab.com

Tahukah kamu bahawa masyarakat purba zaman Yunani umunya akan memakan tanah liat bagi menyerap segala toksin di dalam tubuh. Ini kerana, rata-rata makanan yang mereka makan mungkin telah mengandungi racun serta elemn berbahaya yang tidak diketahui. Hmm, logik juga kan?

Bintang Shanley Woodley Amal Geophagy Untuk Cantik

Dalam sebuah temu bual bersama blog gaya hidup intothegloss.com, heroin filem Divergent, Shailene Woodley, pernah mendedahkan bahawa dia turut mengamalkan makan tanah liat dan tips ‘sihat’ itu diperolehinya daripada seorang pemandu teksi yang berbangsa Afrika.

Shailene Woodley. Sumber: Pinterest

Kata Shailene lagi, dia dan rakannya mendapatkan sumber tanah liat jenis “Bentonite” daripada laman sesawang mountainroseherbs.com. Ternyata ianya mampu mengeluarkan segala toksin dan racun di dalam tubuh secara konsisten dan efektif. Hasilnya tubuh sihat dan kulit terlihat lebih bersih!

IKLAN
Aneka tanah liat kosmetik yang boleh digunakan sebagai masker dan juga dimakan. Sumber: Mountain Rose Herbs Blog

Apa-apa pun, kalau kamu teringin untuk memanfaatkan rutin Geophagy, dinasihatkan supaya kamu pergi mendapatkan pennerangan dari pakar kesihatan mahupun doktor terlebih dahulu. Ini kerana, pengambilan tanah dari kawasan yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan keracunan yang dikaitkan dengan kehadiran kadungan kulat, najis dan sebagainya.

Wanita Tanzania dari wilayah Afrika Timur yang berkulit mulus kerana amalan memakan tanah dan tanah liat. Sumber: StartSomeGood

No wonder kulit orang hitam dari sekitar Afrika semuanya bersih dan cantik-cantik meskipun cuaca di bumi mereka jauh lebih panas dan memeritkan tanpa hujan dan kelembapan. Kalau orang kita, berpeluh dan berpanas sikit, pasti akan tumbuh jerawat. Ada yang nak cuba diet pasir dan tanah liat ni?

Selamat beramal! ❤️

RUJUKAN 1, 2, 3, 4