Kembara

8 Tempat Unik Ini Diragui Kerana Haram Kepada Orang Awam

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
8 Tempat Unik Ini Diragui Kerana Haram Kepada Orang Awam

Bak kata orang, “Dunia ini kecil sahaja”. Tapi sekecil-kecil anggapan kamu, dunia ini sbeenarnya menyimpan pelbagai misteri yang belum terungkai meskipun peratusan bumi ini sebenarnya terdiri daripada 70 peratus air laut berbanding 30 peratus sahaja yang mewakili kawasan darat. 

Sejak beberapa ketika ini, viral pula orang mencanang tentang beberapa tempat yang haram untuk dipijak orang awam biarpun kewujudan kawasan itu sebenarnya sahih.

Gif -eDReams

Lazimnya, kawasan-kawasan tersorok ini sebenarnya dijadikan benteng buat sesebuah negara untuk mengawal aktiviti pertahanan. Keadaan itu boleh dikaitkan dengan sebuah berita gamat baru-baru ini apabila, kedudukan pusat ketenteraan rahsia yang berpangkalan di Taiwan, China, itu tidak sengaja didedahkan imejnya menerusi pancaran satelit atas talian, Google Maps/Earth.

Sumber: leaderbulletin.com

Menurut laporan portal Asia One, medan tiga dimensi yang dipercayai pusat ketenteraan rahsia itu meliputi beberapa daerah termasuklah Taipei, New Taipei, Taoyuan, dan Taichung. Jadi di mana lagi kawasan unik yang wujud di muka ini tetapi tidka menerima baik kehadiran tetamu? Ini 8 tempat paling diragaui kerana haram kepada orang awam.

#1 Pulau Sentinel Utara, Pulau Andaman

Berada sepenuhnya di bawah kerajaan India, Pulau Sentinel Utara yang merupakan salah satu pulau kecil di Kepulauan Andaman ini merupakan antara lokasi paling digeruni orang ramai terutamanya pengembara. Ini kerana, terdapat puak Sentinel purba yang menurut saintis sudah berusia sekurang-kurangnya 6,000 tahun, mendiami pulau tersebut dan akan bertindak ganas terhadap mana-mana manusia atau objek yang cuba melepasi pulau tersebut. 

Puak Sentinel bersiap sedia untuk memanah mana-mana penceroboh yang cuba datang dekat. Foto -National Geographic

Banyak mangsa hilang dilaporkan dan beberapa ketika selepas itu, Kerajaan India memutuskan supaya pulau itu ditutup dan diharamkan untuk kunjungan orang awam atas faktor keselamatan. Sehingga kini, puak tersebut masih bermaharajalela di pulau berkenaan namun terlalu kuno untuk berinteraksi dengan dunia moden dan teknologi.

#2 Area 51, Nevada

Dengar namanya pun sudah tahu yang tempat ini memang bermisteri. Menurut orang setempat, tempat ini sememangnya wujud dan ia merupakan lapangan yang diharamkan kerajaan Amerika Syarikat untuk dimasuki, dicerobohi atau didekati orang awam.

Menurut sumber, sehingga kini, tiada sesiapa pun dapat memastikan lapangan apakah yang terbentang di kawasan tersebut namun ada khabar angin yang mengesahkan bahawa Area 51 itu mungkin merupakan tempat rahsia bagi pihak pertahanan US membina, menyimpan dan menguji alatan pertahanan berkuasa tinggi termasuklah roket, bom dan peluru berpandu.

Sumber: thenewsgeeks.com

Tidak kurang, ada juga yang berpendapat bahawa kawasan Area 51 itu diharam kepada orang awam kerana ia adalah tempat kerajaan menyimpan segala sisa atau maklumat berkenaan makhluk asing seperti pesawat UFO dan bangkai UFO yang mungkin pernah mendarat di kawasan rahsia itu suatu ketika dahulu.

#3 Pulau Ular, Brazil

Queimada Grande Island atau lebih dikenali sebagai Sanke Island adalah merupakan mimpi ngeri bagi kamu yang fobia dengan ular. Kerajaan Brazil telah pun mengeluarkan amaran bagi mengelak mana-mana individu menjejaki pulau ini kerana ia merupakan tempat pembiakan (habitat) ular yang mampu mengundang maut sesiapa sahaja.

Timbunan ular yang hidup di pohon yang sama. Sumber: allthatsinteresting.com

Menurut sumber, terdapat lebih beribu ular berbisa mendiamai kawasan pulau ini manakala antara spesis paling berbahaya yang wujud di pulau ini adalah “Golden Lancehead” kerana bisanya mampu membunuh manusia 5 kali ganda lebih hebat daripada spesis ular lain.

#4 Peti Benih Global, Norway

Pernah terfikir jika dunia kehilangan sumber makanan dek kita semua dilanda perang besar atau andai terjadi apa-apa kecelakaan bumi yang mungkin menyebabkan manusia sejagat lapar kebuluran? Sebelum semuanya bertukar menjadi Zombi yang sanggup melapah sesama manusia, ini ada peti besi gergasi yang mengawal dan menyimpan biji benih tanaman.

Bangunan peti benih dari jarak jauh. Sumber: carlkruse.org

Menurut sumber, di Global Seed Vault yang terletak di daerah Spitsbergen, Norway ini terdapat lebih beribu biji benih tanaman yang ada di dunia sebagai persediaan jika bumi dilanda musibah besar tanpa diduga. Biji benih yang disimpan rapi itu kemudian boleh digunakan untuk menyubur tanaman baharu sekaligus membekalkan manusia sejagat dengan sumber tanaman.

#5 Chernobyl, Ukrain

Dahulunya merupakan bandar besar yang dihuni lebih 16,000 populasi penduduk tetapi selepas satu tragedi yang berlaku pada 26 April 1986 apabila logi kuasa nuklear yang sedang dibuat uji kaji bocor dan meletus, ia menyebabkan penduduk keseluruhan kawasan tersebut diarah keluar lalu meninggalkan bandar tersebut sebagi “Kota Berhantu” yang ditinggal begitu sahaja.

Apa yang mengejutkan, ia merupakan kecelakaan nuklear paling dasyat selepas kecelakaan nuklear yang pernah berlaku di Fukushima, Jepun, sekitar 2011 dahulu.

Chernonyl adalah salah satu “Ghost Town” yang paling digeruni di dunia. Sumber: slate.com

Kini, Chernobyl diiktiraf sebagai kawasan paling berbahaya di dunia kerana masih tercemar dengan tenaga radioaktif sehingga pihak kerajaan mengeluarkan amaran bagi sesiapa yang cuba menjejakan kaki ke situ.

Berpandukan kepada gambar-gambar si pengembara, tempat itu turut dianggap sebagai tanda kegerunan kerana boleh lihat barang-barang yang ditinggal penghuninya menggambarkan betapa kesemua penduduk dikerah secara panik bagi mengelak kecelakaan tersebut.

#6 Bohemian Grove, California

Merupakan tapak perkemahan di kawasan Bohemian Avenue dalam hutan yang akan disertai 2,500 lelaki elit saban tahun, ia merupakan tradisi yang sudah diamal sejak 1872. Hanya lelaki yang berdarjat, berstatus dan ternama sahaja boleh menyertai perkhemahan ini termasuklah ahli-ahli politik, cedikiawan, penerima darjat-darjat ketenteraan, bekas presiden Universiti ternama dari Harvard dan Yale, menteri dll.

Mereka dihimpun dan dirai sebagai ahli kelab konspirasi yang diberi nama “Bohemian Club” dan antara aktiviti yang dilakukan selain makan-makan adalah untuk membuat ritual.

Perhimpunan Bohemian Club yang dipercayai terdiri dari kalangan penganut persatuan Freemason. Sumber: boredpanda

Peserta sama sekali tidak boleh berkongsi cerita mahupun isi aktiviti yang dilakukan kepada orang luar dan uniknya perhimpunan ini adalah tiada seorang pun yang berjantina wanita.

Tujuan perhimpunan yang dibuat menggunakan konsep perkhemahan ini ternayata tidak dikethaui bahkan seorang wartawan yang pernah lepas untuk menyertainya berpendapat bahawa ianya adalah aktiviti bodoh -menggambarkan para peserta yang sakit dari segi emosinya.

#7 Arkib Rahsia Vatican, Itali

Berlokasi di kawasan paling dalam, dikepong oleh dinding-dinding yang berdiri di Vatican City, arkib rahsia ini dikatakan menyimpan pelbagai dokumen penting termasuk buku istimewa, surat-surat lama milik figura terkemuka, penyata-penyata bank, informasi tentang makhluk asing, helaian manuskrip pelik serta dokumen sejarah silam tentang kelahiran dan kemunculan awal orang Amerika.

Antara laluan di lorong-lorong rak vatican Secret Archive. Sumber: Twitter

Kahbarnya, arkib itu diawasi dan dimiliki sepenuhnya oleh pope dna ia koleksi arkib tersebut dianggarkan melebihi 35,000 item yang disusun pada rak sepanjang 52 batu!

Hanya mereka yang berkredibiliti dan mempunyai alasan kukuh mampu masuk ke dalam arkib tersebut untuk mencari bahan sokongan kajian.

#8 Kuil Besar Ise, Jepun

The Grand Shrine of Ise adalah salah sebuah kawasan paling suci bagi penganut agama Shinto (tuhan matahari). Kuil tersebut dibina tanpa menggunakan paku dan ia adalah berasaskan pasak kayu semata.

Namun begitu, kuil ini akan dibina semula setiap 20 tahun kerana mengamalkan konsep pemahaman agam Shinto yang percaya akan kematian dan kelahiran semula.

Pemandangan dari luar The Grand Shrine of Ise. Foto -JTB/UIG via Getty Images

Lebih ganjil, kuil ini tidaklah dibuka kepada orang awam dan hanya paderi, jawatankuasa kuil serta ahli keluarga diraja sahaja dibenarkan masuk ke kawasan The Grand Shrine of Ise bahkan, sebarang foto di kawasan dalam kuil jug adalah dilarang keras! Agaknya apa yang mereka mahu rahsiakan sangat tentang kuil ini?

Dalam banyak-banyak tempat ini, mana satu yang kamu idamkan untuk pergi jika berpeluang?

Semoga bermanfaat! ❤️

RUJUKAN 1, 2, 3

BACA  4 Kota "Hodoh" Ini Dipadam Dari Peta Dunia, Lihat Keadaannya