Penyanyi Jung Joon Young yang merupakan dalang skandal kamera tersembunyi bakal dipenjara 7 tahun 6 bulan.
Bekas penyanyi yang sedang dalam perbicaraan atas kesalahan merakam video secara tersembunyi dan berkongsi di ruang sembang antara selebriti lelaki, CEO, dan rakan bukan selebriti, yang terlibat dalam aktiviti haram lain seperti pelacuran, merasuah pegawai penguatkuasa undang-udang, dan banyak lagi.
Seorang Peguam Oh Soo Jin bercakap pada rancangan TV “Section TV”, menjelaskan bahawa hukuman rakaman video dan perkongsian secara tersembunyi boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 7 tahun, dan jika mungkin ada tambahan tuduhan terhadap pelacuran, hukuman penjara akan ditambah lagi setengah tahun.
Peguam itu menambah bahawa mengikut undang-undang Sexual Violence Punishment Law (ketika jenayah itu komited), hukuman maksimum adalah lima tahun, yang, dengan masa tambahan untuk tuduhan pelacuran, boleh mencapai maksimum tujuh tahun dan enam bulan.
Baca : Netizen Bongkar Sikap Jijik “Gila Seks” Ahli CNBLUE Lee Jonghyu…
Terdahulu Jung Joon Young mengaku bersalah atas kesemua tuduhan dan nekad untuk bersara daripada dunia hiburan Korea.