Fesyen

Baju Raya Cantik! Pilihan Dari Koleksi ZALORAYA 2019 Yang Wanista Suka

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Baju Raya Cantik! Pilihan Dari Koleksi ZALORAYA 2019 Yang Wanista Suka

Sebagai seorang wanita moden, kita pastinya lebih gemar mengambil tahu tentang perkembangan fesyen menerusi perkongsian di internet betul tak? Belum dengar lagi ke yang Zalora baru-baru ini ada menganjurkan #ZALORAYA2019, mempamerkan koleksi persalinan Aidilfitri dari beberapa pereka fesyen tanah air dan rata-rata mampu milik!

Sudah tentu Wanista ada mengetepikan beberapa favorites yang ternyata mampu memikat jiwa wanita feminin.

#1 Ringkas Yang Asyik

Berasaskan helaian blaus dan skirt labuh yang disatukan menajdi kurung moden. Persalinan asyik rekaan Ezzati Amira untuk Zalora ini bakal menceriakan Aidilfitri kamu. Selitkan hujung blaus ke dalam. Ia pasti mampu membuatkan tubuh kamu kelihatan langsing dan lampai!

Meski tampak ringkas, corak cetakan ala jubin morocco berwarna lumut ini segera buat kamu tampak ayu without trying to hard! [BELI SINI]

Sumber: Zalora

#2 Persona Kebaya

Memang tak dinafikan bakat lakonan aktor Syafiq Kyle. Dalam pada kehandalan dirinya dalam bidang lakonan, Aidilfitri tahun ini membuka rezeki buat susuk berusia 26 tahun itu untuk menghasilkan busana lelaki dan wanita yang rata-rataya menampilan helaian ala kampung yang sudah diberi nafas baru!

Klasik tetapi masih kelihatan relevan, kebarung cantik ini bukan sahaja boleh digayakan dengan kain pasang tetapi juga dengan pareo mahupun skirt. [BELI SINI]

Sumber: Zalora

#3 Ropol Mewah

Mencari kelainan dengan perincian ropol-ropol? Nah, ini persalinan rekaan Yadotsa untuk Zalora bersempena Aidilfitri 2019.

Dihiasi corak cetakan floral kecil, penampilan si pemakai pasti tampak manis – dihiasi pula dengan lipatan lebihan fabrik membentuk ropol bertingkat pada bahagian dada ke bahu serta kainnya. Renda pada bahagian lengan pula seolah menwujudkan dimensi baru dalam pemakaian kurung moden tersebut. [BELI SINI]

Sumber: Zalora

#4 Kilauan Sequin & Manik

Lubna tahun ini nampaknya merupakan jenama paling glamor menghasilkan busana Aidilfitri untuk Zalora apabila tampil dengan seleksi rekaan gah yang banyak dihiasi kilauan sequin!

Dari rona merah jambu, biru hingga kepada hitam, wanita yang tak malu menjadi perhatian ramai pasti gemarkan kurung moden yang memiliki sequin sarat sebegini. Untung-untung, habis musim raya nanti boleh gayakan bajunya dengan jeans pula kan? [BELI SINI]

Sumber: Zalora

#5 Kerawang Renda

Masih tidak boleh move on dengan penggayaan renda atau fabrikasi jenis lace? Kurung labuh yang memiliki kurung pahang oleh pereka Syaiful Baharim untuk Zalora ini turut dilengkapi garisan leher “Turtle Neck” -sangat ideal dan kelihatan manis digayakan buat sang fashionista yang berimpian menggayakan turban di kepala semasa sambutan Aidilfitri! Terdapat pilihan rona mereh dan hijau nilam. [BELI SINI]

Sumber: Zalora

#ZALORAYA2019 mengetengahkan tema wayang kulit untuk mengembalikan memori tradisional yang sangat utuh dengan adat ketimuran dan sebarang pembelian baju raya dari koleksi Aidilfitri #ZALORAYA2019 boleh dibuat [DI SINI].

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/ZaloraMalaysia].

BACA  Tak Berkelip Tengok Kate Middleton Dalam Dress Biru Sebab Cantik Sangat!