Bukan mudah nak dapatkan barangan koleksi berjenama Harry Potter yang tentunya sangat popular dalma kalangan peminatnya namun, terkini di Malaysia, jenama fesyen Korea, SPAO, nampaknya prihatin mendengar permintaan ramai apabila tampil dengan koleksi fesyen yang diinspirasikan dari watak sekuel filem ahli sihir bernama Harry Potter itu.
Biarpun SPAO baru sahaja melebarkan sayapnya di Malaysia skeitar Disember tahun lalu, syarikatnya begitu komited mahu menawarkan lebih banyak rangkaian fesyen unik buat para individu yang asyik sakan bergaya, baik wanita mahupun lelaki.
Menurut laporan World of Buzz, Koleksi Harry Potter oleh SPAO itu meliputi helaian, pakai tidur, baju panas, selimut, pelbagai jenis beg, topi, serta seleksi pin mewah! Kegirangan itu diumumkan SPAO Malaysia menerusi sebuah pos di laman Facebook sekitar Jumaat lalu.
Antara cawangan SPAO yang terlibat menawarkan rangakaian hebat ini adalah termasuk Parkson Elite Pavilion, IOI City Mall, Sunway Velocity Mall dan Paradigm Mall, Johor Bahru.
Tak perlu ke London lagi untuk mendapatkan koleksi fesyen dan aksesori Harry Potter. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/SPAOMY].