Kecantikan

Park Shin Hye Serius Nampak Lagi Muda Dan Cantik Dengan Rambut Pendek

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Park Shin Hye Serius Nampak Lagi Muda Dan Cantik Dengan Rambut Pendek

Orang kata gaya rambut boleh merubah penampilan seseorang.

Baru-baru ini mencuri perhatian netizen ialah aktres kesayangan ramai, Park Shin Hye yang bertukar imej dengan memotong rambut panjangnya ke pendek.

Siapa sangka rambut barunya yang lebih pendek membuatkan gadis muda ini kelihatan lebih muda, segar, cantik, malah sudah persis remaja sekolah lagaknya. Bila berambut panjang, beliau tampak matang, ayu, adakalanya agak berumur. Setuju tak?

View this post on Instagram

#valentino #vringbag @maisonvalentino

A post shared by λ°•μ‹ ν˜œ (@ssinz7) on

Menghadiri Minggu Fesyen Paris bagi jenama Maison Valentino, Park Shin Hye buat peminat jatuh cinta dengan penampilan gadis riang dengan pilihan warna musim bunga disamping padanan rambut pendek kerinting. Ringkas tapi manis sekali.

Yang penulis perasan, Park Shin Hye nampak muda belia dan gembira dengan rambut barunya.

Okay penulis tak boleh move on tengok Park Shin Hye ni…

BACA  Miss Universe Filipina Catriona Gray Dan Pia Wurtzbach Gambar Bersama. Siapa Lagi Cantik?