Tips - Kesihatan

Shilpa Shetty Dedah 4 Tips Genius Badan Kekal Langsing

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Shilpa Shetty Dedah 4 Tips Genius Badan Kekal Langsing

Shilpa Shetty adalah salah seorang aktres yang mengekalkan penampilan cantik jelita seiring dengan usianya mencecah 40-an. Sejak debut dalam filem pertama Baazigar pada tahun 1993, aktres ini terus mendapat perhatian ramai. Tona kulit yang sawo matang, pinggang langsing, rambut hitam berkilat, tinggi lampai bak model, senyuman manis dan tubuh yang menakjubkan adalah aspek beliau disegani sehingga ke hari ini.

IKLAN

Tahukah, Shilpa sangat disiplin dalam setiap pemakanan yang diambil bagi memastikan tubuh badan sihat dan kulit wajah bersih. Beliau langsung tidak mengambil makanan manis dan menerapkan satu hari sebagai “cheat day” yang dipanggil “sunday binge”, di mana beliau akan ‘bantai’ makanan manis yang selalunya terdiri daripada manisan dan pencuci mulut. Berkongsi di Instagram, video sunday binge yang sudah menjadi trademark aktres manis ini juga turut mendapat sambutan dikalangan peminatnya.

Tetapi untuk hari biasa, Shilpa berpantang makan dengan 4 TIPS penting ini untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan perut kekal leper dan langsing.

Makan Secara Perlahan

Shilpa menjelaskan setiap kali makan, beliau akan cuba mengunyah selama mungkin – selalunya lebih 32 kali kunyahan dan sebaiknya makan secara perlahan. Mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan. Sementara itu, mereka yang mengunyah makanan atau dengan cepat cenderung tidak berasa kenyang lantas makan lebih banyak.

Baca : Ikut Cara IU ‘Makan Secara Perlahan’ Kalau Nak Kurus

IKLAN

Jangan Makan Selepas 8 Malam

Pernahkah anda mendengar orang sedang diet atau berusaha menurunkan berat badan akan cuba berhenti makan sebelum jam 8 malam? Itu yang dipegang Shilpa, jangan sesekali makan selepas jam 8 malam, keadaan ini akan membuat anda merasa tidak selasa ketika berbaring dan mengganggu waktu tidur. Shilpa percaya makan selepas jam 8 malam apatah lagi mengambil makanan berat membuat tubuh akan menimbun lemak lebih banyak.

Sarapan Sangat Penting

First meal yang merupakan sarapan jangan sesekali ditinggalkan. Setiap kali sarapan, cuba mengambil dalam portion yang banyak tapi masih mengekalkan kandungan nutrien yang cukup. Makanan sihat seperti bijirin dan gandum sedikit sebanyak dapat meningkatkan kecergasan tenaga manusia. Khasiat bijiran yang mengandungi pelbagai vitamin yang kaya dengan khasiatnya tersendiri dan kerana itu jugalah, makanan atau snek yang dibekalkan dengan khasiat penuh sering diambil untuk sarapan pagi. Shilpa memilih oat kerana ia membantu mengawal berat badan dengan membuat kamu berasa kenyang.

Baca : Hati-Hati! 6 Bahaya Kesihatan Bila Tak Makan Sarapan Pagi

Yoga

Selepas mengalami kesakitan pada leher, ahli fisioterapi telah mencadangkan yoga untuk sakit lehernya. Mula mengamalkan yoga, dan mempunyai kepakaran mengenai yoga malah merasakan bahawa yoga mempunyai kuasa untuk menenangkan badan, minda dan jiwa. Kata Shilpa, yoga adalah cara hidup yang baru dan sihat patut dicuba semua orang.

Tips diet yang dipraktikkan Shilpa ini mungkin sudah biasa kita dengar tapi kenapa masih ramai yang tidak mengikutinya, malah berdisiplin. Wanista harap semoga tahun 2019, kita dapat terap gaya hidup sihat agar semua orang hidup gembira bebas penyakit hendaknya.

Selamat Beramal!

RUJUKAN