Kecantikan

Wanista Cuba! 3 Dry Shampoo Terbaik Rawat Rambut Berminyak

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Wanista Cuba! 3 Dry Shampoo Terbaik Rawat Rambut Berminyak

Bila kita cuci rambut, perlu mengambil masa untuk mengeringkan – sesungguhnya buntu waktu yang banyak untuk melakukan itu semua.

Cuba bayangkan tidak perlu meluangkan masa dan mengeringkan rambut anda lagi. Tidak, anda tidak perlu memotong pendek atau mencukur rambut – cuma beralih ke dry shampoo, produk semburan yang mempunyai sama manfaat seperti syampu biasa.

Sesuai dengan namanya, dry shampoo diaplikasi pada rambut tanpa perlu dibilas. Umumnya dry shampoo terdiri daripada dua jenis iaitu semburan (spray) dan bedak (powder)Dry shampoo berbentuk semburan jelas lebih mudah dan praktis penggunaannya dibandingkan jenis bedak. Tahukah kamu, dry shampoo jenis bedak bukanlah suatu perkara yang baru, ia sudah digunakan oleh para wanita ketika era Victoria lagi. Namun kini, dry shampoo hadir dalam bentuk semburan yang lebih mudah dan praktikal.

Cara Gunakan Dry Shampoo

Giphy

Untuk menggunakan dry shampoo jenis semburan, hal akan lubang semburan terhadap akar rambut anda, semburkan. Tunggu beberapa saat untuk syampu kering berkenaan menjalankan tugas pembersihannya terhadap rambut anda sebelum anda boleh mula mengurut dan menyikat rambut. Apabila cecair semburan itu telah kering, bermakna pembersihan telah dilakukan dengan sempurna! Hasilnya, anda kelihatan seperti baru membasuh rambut.

Dry shampoo memang berkesan untuk menyerap minyak di rambut supaya rambut tetap bersih walaupun tidak mempunyai masa untuk syampu. Walaubagaimanapun, dry shampoo juga boleh digunakan pada jenis rambut kering dan kusam. Yang pasti produk ini akan membantu memulihkan kecantikan rambut anda.

3 pilihan Wanista paling terbaik…

Batiste

Batiste dry shampoo kegemaran ramai ini mengandungi asid amino yang dipanggil L-arginine, membantu menguatkan struktur rambut, disamping membersihkan kulit kepala rambut yang berminyak.

Foto – Ecplaza

Ouai

Ramai beauty junkies mengesyorkan dry shampoo dari jenama Ouai kerana harumannya yang mengasyikkan. Tidak perlu disembur banyak, memadai 2 hingga 3 semburan sahaja. Lagi satu, ia meninggalkan kesan yang segar bila disembur ke kulit kepala berminyak.

Foto – Space NK

Lush

Syampu jenis bedak dengan formula limau gedang dan limau untuk menyegarkan rambut tanpa air. Ini adalah ideal jika anda mahukan penyegaran cepat kerana ia akan menyerap minyak berlebihan untuk meninggalkan kemasan matte, kelihatan bersih tanpa kekaburan.

Foto – Anceru

Sekarang tak perlu risau jika tak punya masa, guna sahaja dry shampoo untuk kesan yang sama seperti syampu biasa.

Selamat Beramal!

BACA  Rugi Korang Tak Serbu Gerai "Ubat Jerawat" Medicube Di One Utama