Fesyen

Berambut Pink Dan Romper Sequin Pelangi, Taylor Swift Comel Di iHeartRadio

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Berambut Pink Dan Romper Sequin Pelangi, Taylor Swift Comel Di iHeartRadio

Gincu merah dan rambut blonde merupakan trademark penyanyi tinggi lampai Taylor Swift. Tidak menghadirkan diri ke Grammy beberapa minggu lepas, Taylor Swift buat comeback di iHeartRadio Music Awards 2019.

Foto – People

Tidak pernah tidak cantik, Taylor Swift tampil seksi dengan romper sequin warna pelangi dari Rosa Bloom yang menampakkan susuk tubuhnya yang lebih berisi daripada biasa. Bertumit tinggi dengan detail rama-rama dari pereka fesyen terkenal Sophie Webster. Selalunya gincu merah, tapi kali ini Taylor memakai rona fuchsia dan wajahnya disolek ringkas ala “no make-up”.

Foto – popsugar uk

Lari daripada kebiasaan, Taylor Swift bleach rambutnya dengan warna merah jambu. Ya, sedikit merah jambu di bahagian hujung rambut.

BACA  Nak Nampak Classy? Pergi Beli Beg Tangan Ni Sekarang!

Khabarnya Taylor sekarang sedang sibuk keluar masuk studio merakam album baru.. Wah tak sabarnya.

RUJUKAN