Info Menarik

OMG! Ketahui Keperibadian Perempuan Yang Suka Warna Biru

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
OMG! Ketahui Keperibadian Perempuan Yang Suka Warna Biru

Ada yang suka warna Hitam, Jingga , Kuning, Hijau, Merah Jambu, Biru, serta bermacam lagi. Tidak kisahlah kerana itu perkara yang subjektif – hari ini mungkin kita suka pada rona biru, esok tiba-tiba berubah angin ke jingga pula. Tapi yang penulis tahu, jika seseorang ke arah sesuatu warna ada sangkut paut dengan keperibadiannya. Orang kata warna lambang keperibadian individu.

Nak tahu juga kalau suka warna Biru, apa maksudnya? Menerusi pembacaan penulis, katanya individu ini penyabar dan cool…

Si Warna Biru

Warna biru merupakan salah satu warna yang menenangkan dan menarik. Apabila seseorang memakai baju biru, dia akan kelihatan lebih elegan, tegas dan bijak. Wanita juga dianggap secocok bukan sahaja untuk perempuan tapi si lelaki juga.

Foto – becomegorgeous.com

Personaliti Yang Santai & Tenang

Seseorang yang suka warna biru mempunyai personaliti yang sangat menarik. Pakar mendedahkan bahawa mereka yang suka biru adalah mereka yang penyabar, penyayang dan setia. Orang yang suka biru dianggap sangat mengagumi keamanan. Tidak hairanlah jika mereka tidak suka bertelagah atau berdebat dengan orang lain.

Mereka sangat mengutamakan perasaan apabila melakukan sesuatu, menyayangi dan mengasihi keluarga, kawan, rakan atau suami mereka. Sifat mereka yang suka biru biasanya sangat tenang, santai dan mesra. Inilah yang membuatkan orang sekeliling berasa selesa. Berkarakter “stay-at-home”, mereka lebih suka menghabiskan masa di rumah dengan keluarga berbanding berlibur di luar rumah.

Apabila melakukan sesuatu, mereka akan merancang sesuatu dengan baik. Individu sebegini juga akan mengatur semua agenda yang ada dengan baik dan kemas untuk meminimumkan masalah atau sebarang halangan.

Walaubagaimanapun, nak diingat keperibadian individu tidak hanya bergantung kepada warna kegemaran tetapi banyak faktor lain juga. Kajian di atas dibuat berdasarkan pemerhatian/pemantauan beberapa pakar psikologi.

RUJUKAN

BACA  Ini Senarai Penduduk Negara Yang Punya Sifat Pemurah Dari Malaysia