Kecantikan

Bintang China Shu Qi Bengang Peminat Edit Gambar Diri Putih Melepak

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Bintang China Shu Qi Bengang Peminat Edit Gambar Diri Putih Melepak

Isu “body shaming”, “whitewashing”, merupakan perkara biasa yang selalu dihadap selebriti. Bila gambar mereka dikongsikan, akan ada netizen yang perhatikan setiap inci – badan kuruslah, gemuklah, muka nampak gelap, terlalu putih, dan macam-macam lagi.

Turut tempias aktres China Shu Qi, di mana gambarnya telah disunting netizen lebih putih melepak daripada kulit asalnya yang kuning langsat.

Foto – Shanghaiist

Koleksi gambar tersebut dilihat oleh Shu Qi sendiri, lantas membalas lantang, “Why don’t you go be a fan of a white person?” Keadaan itu menjadi Shu Qi bengang dengan tindakan peminat yang tidak menghargai dirinya.

Foto – Shanghaiist

Artis kita sakan nak sunting gambar bagi nampak cantik sempurna, flawless tiada cela di wajah. Tapi Shu Qi mempertahankan kecantikan semulajadi malah menghargai warna kulit sedia ada. Macam inilah yang patut kita jadikan idola.

RUJUKAN

BACA  Universiti Anjur Kempen #Januhairy Ajak Wanita Yakin "Berbulu"