Anak lelaki billionare terkemuka India Mukesh Ambani, Arash Ambani, 28, menamatkan zaman bujang dengan teman baiknya, Shloka Mehta, di Mumbai Sabtu lalu.
Perkahwinan paling gah telah dihiasi dengan patung-patung bunga yang indah dari Lord Krishna, kuda, burung merak dan gajah serta pelbagai lagi perhiasan mewah yang cukup menakjubkan. Beberapa selebriti hebat Bollywood, tokoh korporat, ahli sukan telah dijemput ke perkahwinan berprofil tinggi.
Bukan itu sahaja, selepas mendapatkan khidmat Beyonce mengadakan persembahan ketika perkahwinan anak perempuannya, Isha Ambani pada tahun lepas, kali ini, kumpulan Maroon 5 dan vokalis Chris Martin pula dijemput bagi meraikan kedua mempelai. Hebat sungguh!
Yang menarik perhatian penulis adalah setiap seorang aktres hebat seperti Kareena Kapoor, Priyanka Chopra, Deepika Padukone dan ramai lagi tampil dalam sepersalinan tradisional India yang paling cantik.
Kareena Kapoor
Deepika Padukone
Karisma Kapoor
Shah Rukh Khan & Isteri Gauri
Alia Bhatt
Jhanvi Kapoor
Preity Zinta
Priyanka Chopra
Aishwarya Rai
Siapa paling cantik pilihan korang?