Langkah penjagaan kulit dan mekap pasti tidak lengkap kalau tanpa primer.
Buat mereka yang masih lagi noob tentang primer, penulis terangkan ia secara ringkas. Primer ialah produk yang digunakan untuk mekap tahan lebih lama dan menutup lubang pori-pori yang terbuka. Hasilnya aplikasi mekap pun jadi lebih mudah dan kemas.
Sama seperti produk mekap yang lain, primer didatangi dalam dua jenis mengikut kesesuaian kulit si pengguna. Asasnya primer hanya untuk mengurangkan dan menahan minyak pada kulit iaitu primer jenis matte. Kini rangkaian jenis hydrate pula diperkenalkan. Ianya khas untuk mereka yang mengalami kulit kering.
Fungsi dua primer ini masih sama namun masing-masing punya keistimewaan tersendiri. Jika primer matte terkenal dengan kesan licin dan dapat mengawal kilatan wajah, hydrate pula mengembalikan kelembapan dan rasa segar.
Kulit minyak nak guna primer hydrate?
Boleh, penulis juga kadang-kadang apply primer ini pada kulit walaupun kulit penulis berminyak. Teknik ialah bila penulis kehabisan pelembab atau tidak memakai mekap tebal. Primer hydrate cukup untuk penulis menambah kelembapan dan bila terasa kulit tiba-tiba terasa kering sangat.
Selain itu juga..
Kamu boleh gunakan dua primer ini dengan menyapu pada bahagian kulit yang bermasalah. Jika penulis primer matte akan disapu pada zon-T, pipi atau dagu (senang cerita kawasan pori-pori besar dan berminyak), manakala primer hydrate kawasan kering seperti bawah pipi atau rahang. Cara ini untuk mengimbangkan kesesuaian kulit anda.
Jadi sekarang kamu tidak usah pening-pening lagi kalau tersalah beli primer jenis hydrating. Cuba teknik yang penulis kongsikan di atas ya!