Makanan

Rasa Macam Ubat Gigi, Ni Menariknya Aiskrim Mint Chocolate Chip

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Rasa Macam Ubat Gigi, Ni Menariknya Aiskrim Mint Chocolate Chip

Berapa ramai yang suka aiskrim perisa coklat cip bersama mint?

IKLAN

Kebarangkalian pasti sangat sedikit, kerana mereka yang tidak menyukai perisa ini mempunyai alasan tersendiri. Ramai menjelaskan mereka tidak suka kerana rasanya seperti ubat gigi, dan kombinasi yang tidak sesuai. Anda bersetuju?

Jujurnya setiap kali ke Baskin Robbins, penulis akan memilih perisa mint chocolate chip kerana rasanya yang segar, dicampur pula ketulan cip coklat dan warna hijau menjadikan ia aiskrim yang cukup menarik dan unik. Mungkinlah rasanya tidak boleh diterima ramai – ada semacam ubat-ubatan atau ubat gigi tapi penulis memang ketagih.

Foto – Pinterest

Tahukah kamu, mint chocolate chip punya beberapa fakta menarik yang selama ini tidak kita peduli. Bahkan juga aiskrim ini antara perisa yang paling popular di beberapa negara barat mengalahkan perisa biasa seperti strawberi.

#1 Aiskrim mint chocolate chip dicipta pada tahun 1973 oleh pelajar masakan Marilyn Ricketts ketika belajar di South Devon College, England. Dia memasuki pertandingan menyediakan hidangan pencuci mulut aiskrim untuk disajikan ketika perkahwinan Princess Anne dan Captain Mark Phillips. Hidangan itu pada asalnya dinamakan Mint Royale dan mendapat pingat perak, sekaligus berjaya memenangi hati ramai orang sehingga ke hari ini.

Foto – ThingLink

#2 Diiktiraf oleh Persatuan Pengusaha Kebangsaan AS, National Chocolate Mint Day jatuh pada 19 Februari setiap tahun di seluruh Amerika Syarikat. Hari tersebut diraikan sebagai tanda penghormatan kepada pencinta chocolate mint. Tidak pula disambut serata dunia kerana kehangatan tidak begitu teruja di kebanyakan negara luar.

Foto – The Food Pocket Guide

#3 Tahukah, International Dairy Foods Association menyatakan mint chocolate chip adalah antara 10 perisa aiskrim paling popular di Amerika Syarikat – di mana millenial lebih cenderung memilih cookies’n’creme (14%) dan mint chocolate chip (13%) berbanding golongan berusia. Malah, perisa ini lebih mendapat sambutan daripada strawberi.

Foto – The Guardian

#4 Ada elemen sains dalam pembuatan mint chocolate chip dengan penggunaan minyak pati peppermintKerana aiskrim mengandungi butterfat (lemak mentega atau lemak susu merupakan bahagian lemak dari susu), ia menyerap aroma (seperti minyak pati peppermint) dan kemudian mengeluarkan aroma ketika mencair di dalam mulut, seperti minyak wangi yang boleh dimakan. Keadaan ini membuatkan rongga mulut berangin, segar dan wangi sentiasa.

Foto – The Truth About Cancer

#5 Personaliti kamu yang bagaimana? Merupakan individu yang cool. Ketika zaman sekolah, kamu mungkin bukan seorang yang popular, tetapi sering dikelilingi ramai kerana sikap yang menyenangkan. Kamu seorang yang seimbang dan mengikut persekitaran semasa, boleh bersukan dan boleh juga mengikuti aktiviti seni.

IKLAN
Foto – chocolatewithgrace.com

#6 Bukan setakat aiskrim, mint juga terdapat beberapa manfaat kesihatan. Contohnya monoterpene phytonutrient dalam duan pudina mempunyai sifat penghalang kanser, vitamin A dalam pudina mengurangkan kulit berminyak, meremajakan kulit dan menyegarkan tisu. Malah aroma pudina menenangkan minda dan mengimbangi pengeluaran hormon, menjadikan kulit anda bersinar dari dalam ke luar.

Foto – Harian Sehat

Sedapnya dapat makan aiskrim mint chocolate chip… Tapi confirm ramai tak suka sebab rasanya yang kompleks.

RUJUKAN : 1234567