Review - Filem

[Review Filem] Benarkah “Rise Ini Kalilah” Hambar Meski Ada Remy Ishak?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Review Filem] Benarkah “Rise Ini Kalilah” Hambar Meski Ada Remy Ishak?

Sebagai penonton, kita biasanya sangat cerewet dalam memilih genre filem kegemaran. Ada yang obses dengan genre seram semata, ada pula yang suka dengan genre cinta, aksi, fantasi dan macam-macam lagi lah.

Namun begitu, bila ada filem yang memaparkan identiti patriotisma serta elemen sayangkan negara, rata-ratanya menolak kerana menganggap filem yang dihasilkan tidak berkualiti dan hambar. Apakah benar tanggapan netizen?

Baru-baru ini, heboh apabila Netflix yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan media terkemuka berpangkalan di California itu membeli filem “Rise Ini Kalilah” untuk tontonan para pelanggannya dari seluruh pelusuk global -meskipun filem tersebut dikaitkan dengan pelbagai kontroversi apabila jalan ceritanya diinspirasikan dari peristiwa bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 pada tanggal 9 Mei, tahun lalu.

Tonton Trailer Filem “Rise Ini Kalilah”

Sebagai individu yang melanggan Netflix, penulis juga sempat menghabiskan masa selama hampir dua jam untuk menonton filem ini meskipun terdahulu, filem ini sudah ditayang di pawagam sekitar Malaysia dan Singapura sejak September 2018. Akhir kata, apa yang penulis boleh rangkumkan, filem ini bersifat “keterlaluan dan jujur”.

Tak Sesuai Untuk Semua

Pemahaman politik yang berlainan pandangan memang boleh timbulkan pergaduhan. Begitu jugalah pandangann umum tentang filem ini. Senang kata, filem ini adalah sebuah filem yang berat sebelah.

“Rise Ini kalilah” ada menampilkan babak di mana kerajaan lampau telah menggunakan pendatang asing semasa Pilihan Raya Umum ke-14 untuk memasukkan undi palsu. Sumber: Facebook

Meskipun keseluruhan ceritanya adalah berlandaskan peristiwa sebenar yang berlaku terhadap rakyat Malaysia, menggambarkan betapa kita sebagai rakyat tertekan untuk hidup dalam “Politik Wang” apabila mantan Perdana Menteri dikait dengan pelbagai kes rasuah, menggunakan taktik-taktik kotor untuk mengukuh kedudukannya dalam kerajaan selama ini, ianya tetap tidak sesuai untuk dijadikan tontonan rakyat Malaysia secara umum kerana setiap seorang daripada kita mempunyai pandangan politik yang tersendiri.

Sumber: Facebook

Bagi penyokong kerajaan terkini, sedikit-sebanyak mereka pasti bangga dengan hasil filem ini namun… tidak bagi penyokong pembangkang yang tetap bersama “parti bendera hijau dan biru”. Opps!

Pelakon Hebat Tapi Kurang Perasa

Macam makan gulai kari yang kurang rasa santan. Meskipun tunjang utama filem ini adalah Mira Filzah (Fizah) dan Remy Ishak (Koperal Azman), bakat mereka tak patut dipersalahkan kerana kedua-duanya memang sudah kita kenali sebagai pelakon yang hebat. Begitu juga dengan aktres dan aktor sampingan lain termasuklah Sangeeta Krishnasamy (Shanti), Sharifah Sakinah dan Sweet Qismina.

Remy Ishak memainkan watak sebagai Koperal Azman yang kononnya terpaksa menurut kehendak mantan PM Najib meskipun sesebuah hal itu diketahuinya adalah bersifat rasuah dan salah di mata undang-undang. Sumber: Facebook

Namun apa yang mungkin telah menyebabkan filem ini kurang diminati adalah kerana latarnya yang berhubung-kait dengan politik. Bosan. Politik tidak patut dijadikan bahan dalam filem kerana ia akan menyebabkan penonton berasa berbelah-bagi. 

Sumber: Facebook

Melainkan jika ianya disokong dengan fakta-fakta dan sumber yang telah terbukti jelas. Kalau filem ini nanti ditonton kanak-kanak di masa akan datang, tahukah mereka tentang kebenaran mantan PM pernah mengupah pendatang asing untuk menjadi pengundi? 

Sumber: Facebook

Kalau benarlah filem ini bertujuan untuk menjelaskan situasi sebenar tentang kejayaan yang dikecapi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, yang mungkin juga bisa dijadikan rujukan mata pelajaran subjek Sejarah buat generasi masa hadapan… rasanya tak perlu kot selit babak-babak yang seolah memerli tampuk kerajaan lama. Maaf, tapi nampak sangat filem ini filem yang sengaja dibuat untuk menjengkelkan pihak yang lagi satu. It looks hideous!

Mira Filzah membawa watak sebagai “Fizah”, lulusan dari London yang tidak mempunyai aspirasi untuk mengundi namun pada akhirnya cuba memanfaatkan diri dengan membawa pulang kertas undi pos dari rakan-rakan Malaysia yang tidak sempat menghantar pulang kertas undi mereka kembali ke Malaysia menjelang PRU 14. Sumber: facebook

Menerima dan mengalukan perubahan Malaysia baharu seperti yang dipaparkan di dalam filem “Rise Ini Kalilah” ini memang seronok, tapi hakikatnya di dunia realiti, apakah keseronokan itu masih terasa di dada?

Pokoknya sebagai rakyat biasa, kita hanya mampu membuat pilihan tetapi sama ada pilihan itu adalah tepat dan mampu membangunkan harapan kita atau pun tidak… hanya masa dan takdir yang mampu meniliknya. 

Apa-apa pun, paling utama adalah negara kita masih selamat dan selamanya Malaysia tetap “Tanah Tumpah Darahku”.

Sumber: Facebook

Tepuk dada, tanya selera dan secara keseluruhan, Wanista cuma mampu beri ⭐️⭐️💫 (dua setengah bintang) untuk filem “Rise Ini Kalilah”. Intipati filem ini kurang menyengat, bersifat berat sebelah dan tidak semua nilai gah yang disampaikan filem ini logik dengan situasi Malaysia masa kini.

P/s: Dalam dunia ni, tak ada kerajaan dan mana-mana pemimpin pun yang sempurna dan mampu memenuhi kesemua kehendak serta harapan rakyat. Kita rasa kita dah pilih kerajaan yang betul tapi hakikatnya banyak juga lubang yang belum diperbaiki. Ingat, bukan mudah seorang pemimpin hendak menggembirakan rakyat yang bilangannya mencapai angka berbilion. Logik kan?

BACA  Wanista Review: Wajib Tonton Filem Spiderman Far From Home!