Bermula hari ini, 13 hingga 17 Mac di Centre Court, pusat membeli-belah MidValley Megamall, jenama minuman bubble tea terkemuka Tealive akan menganjurkan parti besar-besaran dengan menawarkan lebih 10 aktiviti menarik buat pengunjung dan para penggemar teh!
Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua orang awam dari pelbagai lapisan umur, Tealive Breakthrough Moments adalah sebahagian sambutan meriah untuk meraikan kejayaannya dalam membuka sekaligus memiliki lebih 220 cawangan di seluruh Malaysia.
Selain itu, pesta ini juga adalah inisiatif yang dianjur oleh pihak jenama bubble tea tanah air itu untuk menyatakan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dalam menghidupkan Tealive.
Jangan ketinggalan untuk merebut hadiah bernilai lebih RM10,000 apabila menyertai pelbagai aktiviti permainan di Tealive Breakthrough Moments di samping, berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah berbentuk barangan edisi terhad Tealive!
Bagi yang gemar mencuba perisa-perisa baharu, Tealive Breakthrough Moments akan menyerikan deria rasa kamu dengan 4 menu bubble tea unik termasuklah perisa telur masin, jeli karamel, teh hijau berjeli serta kopi avokado! Jangan terlepas peluang untuk merasa kesemua menu ini kerana ia hanya ditawar kepada pengunjung sehingga 17 Mac ini tahu?!
Tunggu apa lagi? Jika kamu mahu berangan menjadi barista serta membancuh sendiri minuman bubble tea pun boleh juga tau! Ayuh sertai kemeriahanTealive Breakthrough Moments, cuma untuk 5 hari bermula hari ini!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/tealiveasia]