Nampaknya makin banyak produk penjagaan kulit mengambil kebaikan bunga sebagai bahan utama. Tidak terkecuali Kiehl’s yang terkenal dalam merawat kulit bermasalah telah mengeluarkan produk baru.
Kiehl’s Calendula Serum-Infused Water Cream
Menggunakan kebaikan bunga Calendula, Kiehl’s tampil dengan Calendula Serum-Infused Water Cream. Rumusan berasaskan air ini mampu memberi penghidratan yang berpanjangan, meninggalkan kulit berasa lembut dengan kemasan segar. Formula ini memberi kelegaan segera dari rasa ketidakselesaan kulit. Ia juga membantu dalam mengukuhkan halangan kulit, dengan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan awal yang berlaku akibat kerengsaan alam sekitar. Dengan penggunaan berterusan, formula juga jelas mengurangkan kemerahan.
Tidak hanya itu, Kiehl’s turut tampil dengan Calendula Herbal-Extract Toner, Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque & Calendula Serum-Infused Water Cream – kesemuanya daripada formula bunga Calendula yang dipetik tangan.
Bunga Calendula Dipetik Tangan
Untuk memelihara nutrien bunga, kelopak dipetik dan dikeringkan secara semulajadi dengan cahaya matahari tanpa penambahan haba buatan. Ia mengambil kira-kira sembilan hingga sepuluh bulan dari masa benih Calendula ditanam, dipilih tangan dan dikeringkan sebelum kelopak diserahkan kepada Kiehl’s untuk campuran formulasi lain.
Perubahan
Menurut Kiehl’s, dengan hanya penggunaan seminggu sahaja dapat melihat kesan seperti;
- 98% berpendapat kulit berasa lega daripada ketidakselesaan
- 98% merasakan kemerahan kulit semakin berkurang
- 96% merasakan kulit terasa lebih tegang
- 96% menganggap kulit berasa lembut dan lembut
- 94% merasa kulit kelihatan bersinar
Pengguna boleh dapatkan Calendula Serum-Infused Water Cream dalam dua pilihan saiz RM190/50ml dan RM130/28ml di gedung Kiehl’s seluruh negara.