Giveaway

Sediakan Tisu! Wanista Nak Beri 30 Tiket Wayang “Five Feet Apart”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Sediakan Tisu! Wanista Nak Beri 30 Tiket Wayang “Five Feet Apart”

“…Dari filem cinta paling sadis untuk tahun 2019”.

IKLAN

Perkataan cinta sudah biasa kita dengar bahkan, perasaan kasih dan sayang antara dua jantina sudah boleh kita anggap normal dalam kehidupan kerana ia sememangnya merupakan sebahagian fitrah manusia untuk saling mencintai.

Namun dalam banyak-banyak kisah cinta, ada juga ceritera yang perlu berakhir dengan kesedihan… seperti yang berlaku di antara Will dan Stella ini.

Tonton Trailer Filem “Five Feet Apart”

Sentuhan, kucupan, pelukan; semua itu adalah sebahagian keperluan yang mampu membina emosi manusia dalam berkasih dan meski begitu, tak semua dapat merasai nikmat seumpamanya apabila cinta dihalang dengan sejenis penyakit virus paru-paru diberi nama, Cystic Fibrosis.

Novel “Five Feet Apart”. Sumber: Facebook

Diilhamkan dari nukilan novel karya Rachael Lippincott, Mikki Daughtry dan Tobias Iaconis, filem romantis paling menyayat hati untuk tahun 2019 ini adalah berkisarkan seorang gadis 17 tahun bernama Stella, lakonan Haley Lu Richardson, yang saban harinya perlu menghabiskan sisa hidup di hospital kerana penyakit paru-paru Cystic Fibrosis yang tidak ada penawarnya.

Sumber: Pinterest

Penyakit ini dianggap bahaya kerana kumannya mampu menyebabkan komplikasi kepada si penghidap lebih-lebih lagi jika seseorang itu berinteraksi dengan pesakit lain yang turut hidap penyakit sama dan ini memerlukan pemantauan yang sangat ketat dari pengamal perubatan. 

Sumber: Facebook

Suatu hari Stella bertemu dengan jejaka tampan seusianya, Will, lakonan Cole Sprouse, yang turut menerima rawatan untuk penyakit sama di hospital Stella mendapatkan rawatan.

Dari situ mereka saling mengenali dan bibit-bibit cinta mulai timbul namun begitu, jururawat meletakkan syarat bahawa setiap kali jika mereka mahu bertemu atau bersama, mereka perlu sentiasa berada pada jarak 5 kaki bagi mengelakkan sebarang jangkitan serius. 

IKLAN

Tayangan Perdana “Five Feet Apart”

Tarikh: 20 Mac 2019 (Rabu)

Masa: 9.00 malam

Lokasi: TGV Cinemas, 1 Utama

Apakah kesudahan cinta di antara dua anak muda ini? Wanista bersama pihak TGV Pictures dengan bangganya ingin memberikan 15 pasang tiket wayang percuma untuk menonton “Five Feet Apart” kepada pembaca bertuah! Sila jawab satu soalan mudah seperti di bawah:-

Soalan:

Apakah nama penyakit paru-paru yang dihidap pasangan remaja Stella dan Will?

Syarat pernyataan:

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Jawapan boleh dihantar ke alamat email [email protected] dengan tajuk “Five Feet Apart”.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC dan Nombor Telefon Pintar.

4. Peraduan ini hanya sah dari 12 hingga 18 Mac 2019

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.

7. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “Five Feet Apart” pada (Rabu) 20 Mac 2019 dari jam 8.00pm hingga 8.45pm di TGV Cinema, 1 Utama.

Sumber: Facebook

Bukan itu sahaja, Wanista akan beri lima (5) helai baju-T edisi terhad dari filem “Five Feet Apart” kepada pemenang paling bertuah peraduan.

Baju-T edisi terhad “Five Feet Apart”. Foto -Arkib Wanista

Nama pemenang akan diumum menerusi alamat email masing-masing selewat-lewatnya pada 19 Mac 2019. Cepat sertai Giveaway Wanista kali ni! ❤️

Goodluck!