Istimewa untuk sambutan Hari Wanita Sedunia 8 Mac lalu, Pantene Malaysia tampil meriah memperkenalkan kempen #WANITABESI bertemakan “Braids of Strength” dengan kemunculan Gimnas Kebangsaan Negara, Farah Ann Abdul Hadi untuk sama-sama memperkasa wanita dalam meneruskan aktiviti sukan biarpun secara tradisionalnya, sukan itu dianggap kasar dan hanya dimonopoli kaum lelaki semata.
Menurut kajian rambang yang dilakukan pihak Pantene, 52 peratus wanita percaya bahawa sukan dipercayai membuatkan wanita berasa kurang feminin sehingga menyebabkan ramai wanita untuk mengelak diri mereka daripada bersukan, 80 peratus wanita percaya perempuan yang bersukan akan menjadi individu wanita yang lebih kuat dan berkeyakinan diri serta 86 peratus lagi wanita percaya kaum hawa sepatutnya perlu mendapat peluang yang setara untuk menjadi atlet sukan.
Justeru, Pantene ketengahkan kempen “Braids of Strength” untuk menggalak wanita kekal dalam arena sukan biarpun ramai yang melemparkan anggapan kolot terhadap aktiviti tersebut.
Tonton Pengenalan Kempen Wanita Besi “Braids of Strength” oleh Pantene Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=vOhvJe-XJ5g
Khas buat semua, dapatkan mana-mana produk Pantene di pasaraya Giant, Tesco, Aeon dan Aeon Big sekarang untuk mendapatkan gelang emas “Braids of Strength” secara percuma.
Kemudian, gelang emas yang juga boleh dijadikan getah rambut itu bisa ditebus di mana-mana kaunter Fitness First atau Celebrity Fitness untuk mendapatkan tempoh percubaan selama 14 hari tanpa bayaran bagi menggunakan servis di gim-gim berkenaan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PanteneMalaysia].