Kesihatan

Kamu Pengsan Bila Lihat Darah. Kenapa Agaknya?

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Kamu Pengsan Bila Lihat Darah. Kenapa Agaknya?

Siapa dekat sini yang bila melihat darah, terus rasa pening, mual, lemah dan ingin pengsan?

Tindak balas dramatik itu dikenali sebagai vasovagal syncope atau neurocardiogenic syncope, keadaan di mana menjadikan kadar degupan jantung dan tekanan darah menurun secara drastik. Apabila tekanan darah anda tiba-tiba jatuh, aliran darah ke otak berkurang menyebabkan anda pengsan.

Foto – YouTube

Vasovagal syncope biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Tetapi anda mungkin boleh tercedera semasa vasovagal syncope. Doktor anda boleh mengesyorkan ujian untuk menolak penyebab pengsan yang lebih serius, seperti gangguan jantung.

‘Applied Tension Technique’

Tahukah kamu, Applied Tension Technique adalah strategi yang dibangunkan untuk membantu mencegah daripada pengsan atau membantu seseorang lebih cepat sembuh jika mereka pengsan. Teknik ini melibatkan tekanan otot dalam tubuh anda, yang mana meningkatkan tekanan darah anda. Ini bermakna, jika tekanan darah anda meningkat, anda lebih kurang terdorong untuk pengsan.

Foto – Harvard University

Dalam teknik ini, anda perlu duduk di kerusi yang selesa dan tegangkan otot-otot di tangan, kaki dan torsol (sekitar bahagian dada) untuk 10 hingga 15 saat. Anda perlu menahan ketegangan sehingga anda mula berasakan hangat di kepala. Kemudian, rehatkan tubuh selama 20 hingga 30 saat. Ulanginya 5 kali.

Selain itu, jika anda berasa seperti mungkin akan pengsan, berbaring dan angkat kaki anda. Ini membolehkan graviti memastikan darah mengalir ke otak anda. Jika anda tidak boleh berbaring, duduk dan letakkan kepala di antara lutut sehingga anda berasa lebih baik.

Pengsan yang mungkin merupakan tanda penyakit serius lain yang kebiasaannya berkaitan dengan masalah jantung:

  • Pengsan yang berlaku semasa bersenam
  • Pengsan yang  diiringi dengan rasa berdebar-debar atau denyutan jantung yang  tidak normal
  • Pengsan yang berlaku pada individu yang mempunyai sejarah keluarga yang kerap pengsan atau sejarah kematian mengejut dikalangan ahli keluarga

Sekarang dah jelaskan?

RUJUKAN : 12

BACA  Seminit Pun Rasa Lama! Ni Sebab Kamu Tak Tahan Buat Plank