Tips - Percintaan

Ni Lelaki Patut Buat Kalau Teman Wanita Suka Heboh Masalah Di Media Sosial

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ni Lelaki Patut Buat Kalau Teman Wanita Suka Heboh Masalah Di Media Sosial

Wanita. Semua benda mahu bercerita, meluahkan rasa hati, langsung tak boleh diam. Paling dasyat mereka ini tanpa segan silu memberitahu satu dunia mengenai emosi mereka terhadap pasangan di status Facebook. Beratus like dan berpuluh komen yang diterima. Dan lelaki, terusan mendiamkan diri.

IKLAN

Kita sedia maklum, lelaki biasanya tidak suka menunjukkan perasaan mereka. Apatah lagi meluahkan apa yang mereka rasa. Tidak kiralah kepada rakan rapat, adik beradik, mahupun sesiapa jua. Mereka lebih bersikap memendam dan melupakan sahaja.

Jika anda melihat wanita sebegini, apa yang anda ingin lakukan?

Beri respon

Cuba beri respon walaupun anda merasakan ianya tidak perlu. Jangan mendiamkan diri. Sebabnya apabila anda berdiam ia lebih menimbulkan rasa marah dan sentap, sekurang-kurangnya beri sedikit respon kepada mereka. Sungguhpun tidak mahu komen di status yang dimuat naik itu, komen ketika anda berdua dengannya pun sangatlah membantu. Itu lebih matang dan lebih menyentuh hati. Jika anda komen di status yang dimuat naik dan andainya status itu menyentuh perasaan tidak puas hatinya ia lebih menimbulkan rasa kecik hati dan rasa marah. Jalan terbaik berdepan dan selesaikan dengan cara yang matang.

Foto – Insider

Tegur dengan berhemah

Wanita ini sebenarnya lebih banyak menggunakan emosi apabila mahu menyelesaikan percanggahan yang berlaku. Hakikatnya, lelaki sebenarnya lebih rasional. Disebabkan itulah wanita lebih suka meluahkan perasaannya dan sebolehnya dia mahu satu dunia tahu dia sedang bersedih, jadi medium terhebat adalah Facebook.

Sebagai contoh, jika orang yang tersayang meluahkan ketidak puasan hati di Facebook, cuba tegur dia dengan penuh hemah. Caranya dengan mengungkap ‘I LOVE YOU’ kepadanya, walaupun tidak selalu tetapi perkataan tersebut sangatlah eksklusif dan nescaya hatinya akan lembut. Percayakah anda, terlupa ungkapan perkataan ini ketika mahu ke pejabat boleh mengundang perang dunia ketiga.

Komen nakal

Sesekali anda boleh beri komen nakal di situ. Itu menandakan anda menyedari perbuatannya dan tidak salah andai memberikan komen berbentuk sindiran tetapi manja. Bak kata orang ‘sindir-sindir manja’. Mungkin ia menampakkan anda adalah suami atau pasangan yang sweet.

Foto – Stuff

Jangan ambil pusing

Lelaki, anda perlu sedia maklum itu sebenarnya salah satu cara terapi wanita hilangkan stres dan kebosanan mereka. Jadi sebagai kaum yang kuat dengan prinsip ini usah ambil kisah sangat. Anggaplah itu hanyalah permainan daripada isteri untuk menambah keceriaan dalam dirinya. Jangan pula anda yang stres.

Sekarang jangan stress lagi…

IKLAN