Hiburan

Besarnya Cincin Tunang Jennifer Lopez Berharga RM4 Juta

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Besarnya Cincin Tunang Jennifer Lopez Berharga RM4 Juta

Semalam, penghibur sensasi Jennifer Lopez dan teman lelakinya yang juga pemain besbol Alex Rodriguez, mengumumkan pertunangan mereka.

Alex berkongsi berita menggembirakan itu dengan memuat naik gambar memegang tangan Jennifer yang menyarung cincin berlian empat segi dengan kapsyen “She Said Yes” di Instagram. Dan Jennifer Lopez turut memuat naik gambar yang sama dengan meletakkan emoji tanda hati.

View this post on Instagram

she said yes ♥️

A post shared by Alex Rodriguez (@arod) on

Melihat pada komen, rata-rata peminat cukup teruja melihat cincin yang dipakai J.Lo. Bukan calang-calang, cincin berlian itu mungkin antara 11 karat ke 15 karat dengan nilai boleh mencecah sehingga $5 juta. Walaubagaimanapun, cincin J.Lo dilaporkan berharga $1 juta (RM4 juta).

Memandangkan ini bakal menjadi perkahwinan J.Lo yang keempat, Wanista berharap perhubungan kali ini berkekalan.

RUJUKAN

BACA  Heartthrob 90-an Paling Kacak Luke Perry Meninggal Dunia