Kembara

10 Makanan Penerbangan Yang Dianggap Paling Sedap Dan Terbaik

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
10 Makanan Penerbangan Yang Dianggap Paling Sedap Dan Terbaik

Sebelum ini Wanista pernah mengeluarkan artikel ‘10 Gambar Makanan Penerbangan Yang Buat Anda Hilang Selera‘. Jadi kali ini Wanista mahu pula berkongsi gambar-gambar makanan penerbangan yang dikatakan paling sedap dan menambat hati penumpang. 

Tidak kiralah anda bayar untuk tempat duduk ekonomi, bisnes atau kelas pertama. Anda sebagai pelanggan patut menerima perkhidmatan yang terbaik mengikut kesesuaian kelas anda. Tidak patut ada rasa terbiar lebih lagi tentang bab makanan. 

Mari kita sama-sama lihat hidangan makanan penerbangan manakah yang boleh buat perut kita semua berkeroncong.

#1 Singapore Airlines

Hidangan yang disediakan bersih, kemas dan menyihatkan. Sekali tengok pun dah tahu mesti semua cukup rasa. Cuba tengok kek keju strawberi diatas memang nampak sedap sangat! 

Foto – Shutterstock

#2 Japan Airlines

Jangan main-main ini adalah makanan untuk penumpang ekonomi Japan Airlines. Dah macam setaraf penumpang kelas pertama pula. Berbaloinya.. 

Foto – Japan Airlines

#3 Thai Airways

Ramai yang memuji menu dari Thai Airways sentiasa menggunakan bahan segar dan terdapat dalam pelbagai variasi. Kalau anda nak tahu bahan-bahan makanan Thai Airways adalah dari petani tempatan mereka sendiri. 

Foto – Thai Airways

#4 Austrian Airlines

Penumpang ekonomi Austrian Airlines boleh menerima hidangan seperti ini jika mereka upgrade tiket. Wanista pun sanggup upgrade kalau makanan sampai macam ini!

Foto – Austrian Airlines

#5 Eva Airways – Hello Kitty Jet

Syarikat penerbangan yang pernah tular kerana menyediakan perkhidmata penerbangan menggunakan tema Hello Kitty. Lihatlah hidangan Eva Airways terselit juga dengan si kucing comel itu. 

Foto – gunaxin.com

#6 Cathay Pacific

Kemas, bersih dan tersusun buat hidangan tampak menyelerakan. Walaupun ia menu yang ringkas tapi masih memberi rasa puas pada hati penumpang. 

Foto – Cathay Pacific

#7 Lufthansa Airlines

Antara syarikat penerbangan yang sering memberi khidmat makanan yang paling terbaik di rantau dunia! 

Foto – businessinsider.com

#8 Qatar Airways

Bukan sahaja menyelerakan tapi cara penyediaan juga sangat praktikal. Setiap makanan diletakkan dalam satu bekas khas dan minuman juga bersaiz sederhana. Tak kedekut! 

Foto – Shutterstock

#9 Asiana Airlines

Syarikat penerbangan dari Korea Selatan ini memberi 100% menu sihat kepada penumpang dan paling penting memperkenalkan budaya makanan tradisi mereka. 

Foto – Asiana Airlines

#10 Air Asia 

Siapa pernah makan Nasi Lemak Pak Nasser dari Air Asia pasti tahu keenakan dan bau wangi nasi lemak tersebut. Cukup itu sahaja, Wanista tak nak ulas lagi sebab variasi hidangan Air Asia semuanya sedap belaka! 

Foto – Goa Newswire – WordPress.com

Tak sangka ada rupanya makanan flight yang sedap dan cara hidangan pun sangat menarik. Servis airlines diatas memang terbaik! 

RUJUKAN 1, 2 & 3

BACA  Tempat Lepak Baru "The Linc KL" Ada Banyak Port #InstagramWorthy