Anda antara pengumpul palet pembayang mata?
Pasti anda sudah banyak palet yang warna dari tanah, pastel atau neutral dan masih tercari-cari warna unik untuk dijadikan koleksi. Bermula dari tahun lepas lagi, banyak jenama-jenama yang semakin berani dalam menjual warna pembayang mata lebih dari lima warna. Apa yang lagi best, warna yang mereka buat kini lebih terang dan cukup semua spektrum warna.
Kalau anda rasa ketinggalan tentang ini, Wanista tampilkan lima palet yang mempamerkan warna-warna pelangi dan buat kamu rasa nak beli terus!
#1 Anastasia Beverly Hills – Riviera Palette
Antara palet high-end yang baru sahaja mengeluarkan himpunan warna ceria dan pelangi. Bertemakan pelayaran dan percutian musim panas, warna-warna yang ditonjolkan dalam palet Riviera buat ramai ingin berhabis RM200 lagi untuk produk ABH!
#2 Morphe – James Charles Palette
Hasil idea hebat Youtuber James Charles maka terhasil palet dengan 39 warna yang disatukan bagi mencipta apa jua looks diinginkan! Palet serbaguna ini bukan sahaja untuk cipta pembayang mata tapi juga body art dan sebagainya. Tahniah James!
#3 Sephora – Sephora Pro Editorial Palette
Sephora juga mengeluarkan rangkaian palet pembayang mata dibawah koleksi Sephora Pro tapi dengar cerita rangkaian ini masih belum ada di mana-mana Sephora Malaysia. So sad…
#4 NYX – Ultimate Shadow Palette – Brights
Lagi palet dengan warna pelangi untuk memberi idea baru dan menghidupkan dua pasang mata anda yang sememangnya sudah cantik.
#5 ColourPop – Chasing Rainbow
Warna yang lebih lembut sesuai untuk mereka yang ingin ilusi satu warna tanpa melebih-lebih.
Antara lima diatas yang mana kamu semua berkenan?