Tips

Orang Meniaga Mesti Faham Dengan 4 Perangai Pelanggan Ni

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Orang Meniaga Mesti Faham Dengan 4 Perangai Pelanggan Ni

Ragam manusia memang banyak dan tidak akan pernah kita dapat mampu mengatasi secara emosi. Lagilah mereka yang berdepan dengan pekerjaan yang menyediakan servis 24/7 menghadap manusia memang boleh jadi stress. Kalau dapat pula pelanggan yang sering mengungkap ‘customer is always right’ antara pelanggan yang duduk dibawah tempurung. Pendapat penulis ungkapan itu tidak lagi relevan kerana setiap perkara harus mengikut syarat, keadaan dan yang paling penting ialah mempunyai common sense

Siapa yang bekerja dalam bahagian perkhidmatan, penulis benar-benar salute kepada anda! Biasa kita lihat rakan-rakan kita yang berniaga meroyan tentang 1001 perangai pelanggan ketahuilah sebenarnya apa yang mereka rungut itu betul. 

Wanista cuba senaraikan 4 perangai pelanggan yang memang boleh buat jiwa menggelegak amarah! 

#1 Tak faham bahasa

Sudah dijelaskan beberapa kali tentang produk atau pakej yang dijual tapi pelanggan masih belum dapat meneka apakah ia. Bukan mereka tidak faham, ini adalah cara mereka untuk manipulasi anda untuk melihat keupayaan anda menjual. Lebih malang lagi kalau mereka suka hati ingin mengubah terma dan syarat yang telah ditetapkan syarikat mengikut kehendak. Anda jangan cepat meroyan tapi bertegaslah terhadap mereka, kalau tak boleh jangan ‘pegang’ mereka kerana pelanggan seperti ini boleh bawa banyak lagi masalah. Anda masih ramai pelanggan lain. 

Foto – www.bilderbeste.com
#2 Diskaun, percuma, kurang lagi

Oh, no! Sudah diberi harga diskaun masih mahu harga ‘peluk cium laga pipi’. Nak jaga hati pelanggan sekalipun jangan biar ada tersepit jual pakej rugi. Elakkan memberi imej syarikat anda ‘mudah kasi percuma’ atau ‘senang beri diskaun’ sebab ia memberi aura lemah pada rival anda. Jual produk atau pakej yang sudah ditetapkan diskaun. Jika pelanggan masih berdegil berikan sedikit syarahan tentang kualiti, unit pembayaran dan sebagainya secara kasual. Biar pelanggan faham dari anda rugi terus. 

Foto – TweakYourBiz
#3 Tiada adab

Boleh dikatakan hampir 90% peniaga kini menggunakan ruang alam maya untuk urusan jual beli. Namun dalam alam maya lebih ramai pelanggan yang rude! Penggunaan bahasa kasar, tidak beri sebarang respon dan paling kurang adab bila meninggalkan peniaga termangu-mangu menanti reply. Kesudahan buang masa, buang data dan buang tenaga layan manusia sebegini. 

Foto – Mashable
#4 Tak mampu tapi mahu 

Lebih kurang dengan #2 tapi versi tidak mahu kalah dengan harga. Jika bayaran deposit pun tidak mampu tapi masih berangan ingin membeli produk atau pakej yang mahal. Bukan penulis mahu merendahkan sesiapa tapi kita semua haruslah berbalik dengan pepatah ‘ukur badan dibadan sendiri’. Jauhkan diri dari sikap menyusahkan peniaga untuk bertanya tentang bayaran atau hutang yang tidak dilunas. Tak malu eh? 

Foto – That’s what SHE said

Tips bila berdepan dengan pelanggan seperti di atas ialah tarik nafas, senyum, sabar dan ingat tentang gaji anda. 

BACA  Tiga Masalah Rambut Perempuan Di Malaysia Dan Cara Mengatasinya