Kesihatan

Tak Sangka Abalone Sedap Dan Banyak Manfaat Kesihatan!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tak Sangka Abalone Sedap Dan Banyak Manfaat Kesihatan!

Mungkin anda biasa dengar tentang abalone tapi tidak tahu terperinci tentang hidupan laut ini. Ia tidak sama seperti tiram, jika memakan tiram secara mentah boleh beri rasa tidak enak tapi lain dengan abalone. Ternyata ia sangat enak sama tandingan seperti isi udang dan mempunyai rasa manis. Penulis sendiri sudah mencuba makan abalone yang telah dipanggang. Rasanya memang mat salleh kata mind blowing

Kalau bercerita bab harga pula abalone bukan makanan laut yang biasa-biasa. Harganya boleh mencecah ratusan ringgit hanya untuk satu abalone bukan ikut kilogram. Ia hidup di laut dalam dan persisiran batuan sekitar lautan sejuk Jepun, New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan sebelah utara Amerika Utara. 

Foto – Men Health

Jadi sebab utama abalone mahal ialah ia sukar didapati dan ia diharam ditangkap secara meluas kerana kadar abalone sangat rendah. Jangan risau, sekarang terdapat ladang ternakan abalone dibuka lebih lagi di China dan Jepun. Penduduk disana menghargai abalone kerana khasiatnya dan juga memberi simbolik kekayaan. 

Apa khasiat dari memakan abalone? 

Abalone dari hasil ternakan dikatakan mempunyai lemak rendah dan sumber omega 3, iodin dan fosforus. Seperti mana yang kita tahu, Omega 3 baik mencegah keradangan iaitu mengurangkan penyakit jantung dan simptom masalah sakit otot serta mencegah kanser. 

Abalone panggang. Foto – Andrew Zimmern

Iodin pula mineral penting untuk melancarkan perkembangan tubuh badan dan sistem saraf. Manakala fosforus berfungsi sebagai pelindung ketika darah membawa tenaga serta menjaga kesihatan buah pinggang anda. 

Ia kaya dengan pelbagai Vitamin A hingga Vitamin B6 yang mengalakkan sistem imunisasi lebih baik. Kalau siapa yang terasa mahu demam boleh cepat-cepat makan abalone.  

Kulit lebih cantik…

Selain dari manfaat kesihatan dari segi kecantikan si penggemar abalone boleh terima. Kandungan minyak sihat dalam abalone mampu memperbaiki tekstur kulit jadi lebih lembut dan halus. Fungsi dari iodin juga boleh mencantikkan kuku, gigi dan rambut malah menggalakan lagi pertumbuhan yang sihat. 

Foto – Yum of China

Untung siapa boleh makan abalone tapi sebenarnya dalam sumber makanan lain juga boleh dapat manfaat yang sama. 

SUMBER 1, 2 & 3