Sabar dahulu..bukan Ratu Elizabeth buka akaun Instagram tapi beliau hanya muatnaik satu gambar dan status di akaun rasmi Instagram The Royal Family.
Seiring dengan peredaran zaman, pemerintah tunggal England tidak mahu berasa ketinggalan untuk menggunakan media sosial sebagai kaedah lebih dekat bersama rakyatnya dan warga dunia. Namun apa yang menarik, Ratu Elizabeth bijak memilih gambar untuk posting pertamanya.
Sebuah surat pertama yang ditulis oleh Ratu Victoria dan Putera Albert oleh Charles Babbage iaitu jurutera komputer pertama di dunia pada 176 tahun lalu. Ia menjadi pilihan Ratu Elizabeth sebagai signifikan yang berlaku kepada dunia teknologi.
Ratu Elizabeth turut berkongsi tentang rasa seronok ketika belajar mengenai pengekodan sehingga beliau mahu menjadikan ia sebagai posting pertama di Instagram.
Sebenarnya akaun rasmi milik kerabat diraja ini sudah mula pada tahun 2013 cuma Ratu Elizabeth tidak pernah menggunakan. Jadi pada tahun ini, beliau telah memecah tradisi dan mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat keluarga diraja paling popular ini.
Kebanyakan komen dari pengikut akaun The Royal Family mengagumi kesantunan dan susunan pilihan ayat dari Ratu Elizabeth. Malah perkongsian yang dibuat juga bukan hanya gambar semata-mata tapi suatu info yang memberi maksud mendalam.
Rasa malu pula bila tengok posting Ratu Elizabeth lagi bernas dari kita semua yang hanya selfie semata-mata.