Dekorasi

Taman Mini Di Balkoni Buat Mata Sejuk Memandang

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Taman Mini Di Balkoni Buat Mata Sejuk Memandang

Tahukah kamu tanaman sebenarnya mampu membaik pulih kualiti udara di dalam rumah? Untuk itu, ramai orang barat gemar membangunkan taman kecil di dalam rumah mereka. 

Selain mampu mengurangkan kadar karbon dioksida di dalam rumah, tanaman renek yang dihimpun dalam kawasan rumah juga bisa mengurangkan pencemaran habuk dalam rumah, meneutralkan kondisi suhu dalam rumah serta tingkat kelembapan dalam rumah. Ini sekaligus menjadikan penghuni lebih sihat dan tenang dalam apa juag situasi.

Sumber: Giphy

Melihat kepada gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini yang sering diuji dengan cabaran ekonomi, orang pertengahan seperti kita rata-ratanya cuma mampu memiliki rumah pangsa atau apartmen namun, biarpun rumah kecil, menghias balkoni sedikit sebanyak boleh menaikkan seri rumah. Ini Wanista kepilkan beberapa foto inspirasi bagi menghias balkoni.

#1 Lekap Panel Kayu Di Dinding

Jika ruang balkoni terlalu kecil, boleh cuba lekapkan panel kayu sebegini yang kemudian boleh dijadikan dasar untuk menggantung tumbuhan renek kamu. Boleh cuba tanam pohon berbunga kecil mahupun pokok-pokok herba yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Raung balkoni pasti nampakceria dengan tumbuhan hijau dan cara ini buat ruangan tersebut nampak kemas juga!

Sumber: Pinterest

#2 Masukkan Rak

Maklumlah, rumah apartmen atau kondo mana ada stor. Kalau terpaksa menggunakan balkoni sebagai ruang simpanan. Boleh masukkan rak-rak kecil sebegini. Barang-barang boleh disusun kemas di dalam manakala sisa ruangan rak yang ada itu boleh diselit dengan aneka tanaman hijau. Sekurang-kurangnya, sejuk mata memandang ruangan kemas sebegini.

Sumber: Pinterest

#3 Lilit Lampu Di Pagar Balkoni

Gemar suasana romantis? Boleh jadikan balkoni sebagai ruangan santai bersama pasangan sambil menghirup udara segar di waktu malam dengan adanya lilitan lampu sebegini sebagai perhisasan tambahan. Adakalanya balkoni tak perlukan tanaman rimbun yang terlalu penuh untuk nampak cantik, cukup sekadar satu atau dua tumbuhan berpasu, selebihnya boleh digunakan untuk memasukan perabot seperti kerusi dan meja santai.

Sumber: marlinspring.com

#4 Guna Rumput Palsu

Nak nampak mewah? Boleh cuba manfaatkan rumput palsu (rumput sintetik) -digunakan untuk menutup keseluruhan kawasan lantai di balkoni. Dengan cara ini, ruangan balkoni boleh nampak lebih luas dan terlihat seperti taman mini yang sebenar. Rumput plastik juga tidak pelu dibaja atau tidak akan layu. Ianya akan sentiasa hijau dan mudah disapu jika ada sampah yang bertaburan.

Sumber: Pinterest

#5 Buaian 

Kalau rumah bawah sudah tentu rumahnya ada laman untuk menempatkan buaian, tetapi bagaimana pula dengan rumah berbalkoni? Taktik menggantung buaian tunggal sebegini sebenarnya buat balkoni kelihatan seperti taman untuk kamu dan ahli keluarga bersantai. Tapi hati-hati ya kalau ada anak kecil.

Sumber: Pinterest

#6 Batu-batuan

Nak buat taman mini lebih tampak realistik? Boleh cuba selitkan penggunaan batu. Tabur sahaja di sudut-sudut pasu atau selang-selikannya dengan penggunaan palet kayu dan rumput palsu. Pasti nampak lebih berkelas dan lebih kemas.

Sumber: Facebook/Fendi Isa

Jadi siapa bilang rumah nun di atas awan itu tidak boleh bercucuk tanam serta memiliki laman seperti rumah-rumah di bawah?

Selamat beramal! ❤️

BACA  "Cara Halus" Barang Rumah Sebenarnya Boleh Mengundang Penyakit