Fesyen

Dapat Rebat RM20 Bila Beli Kasut Wanita Di Bata Sepanjang Mac

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Dapat Rebat RM20 Bila Beli Kasut Wanita Di Bata Sepanjang Mac

Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada tanggal 8 Mac hari ini, Bata Malaysia komited mahu memperkenalkan kempen “All Shades of Me” yang membawakan kesinambungan bagaimana seseorang wanita itu harus yakin menerima kekurangan dan kelebihan diri mereka sendiri secara individual.

Foto kempen juga dirakam dalam rona monokrom untuk menjadi simbolik -menonjolkan kemeriahan wanita yang sepatutnya bukan sekadar dilinai dari hitam dan putih tetapi dari segi pelbagai spektrum.

Sumber: Facebook/Bata

Bagi memeriahkan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini, jangan ketinggalan mendapatkan rebat segera bernilai RM20 dengan setiap resit pembelian RM99 untuk mana-mana koleksi kasut wanita di cawangan Bata seluruh Malaysia bermula hari ini!

Foto -Arkib Wanista

Promosi sah sehingga 31 Mac akan datang.

Tonton Video Kempen Hari Wanita Sedunia 2019 oleh BATA

Untuk keterangan lanjut, sila klik [bata.com.my] atau lawat laman Facebook Bata Malaysia di [facebook.com/BataHome].

BACA  10 Kali Kendall Jenner Lebih Selesa Tampil Tanpa Bra #FreeNipple