Kembar paling popular, paling cantik menjadi milik adik Ava dan Leah.
Tahun lepas, Jaqi Clements membuka akaun Instagram untuk anak perempuannya yang merupakan kembar seiras, Ava Marie dan Leah Rose pada ulang tahun ketujuh.
Siapa sangka, sekitar enam bulan pertama, kembar Ava dan Leah, 8, mempunyai pengikut hampir 150,000 dan berjaya mendapat liputan dari media antarabangsa Daily Mail yang berpangkalan di United Kingdom. Selepas itu, terus melonjak kepada 1.1 juta pengikut, dan rata-rata pengikut mereka mengagumi kecantikan dan sekaligus memberi gelaran “perempuan paling cantik di dunia” kepada kembar bermata hijab ini.
Walaupun ada suara sumbang yang menegur tindakan ibu bapa Ava dan Leah yang seperti ‘menjual’ anak untuk kesenangan hidup tapi Jaqi menjelaskan Ava dan Leah memang gemar bergambar dan suka bergaya sejak kecil lagi, jadi tidak timbul soal paksaan.
Jaqi juga memastikan kembar bersekolah seperti biasa. “Mana-mana kerja peragaan yang ditempah melalui Instagram saya akan menjadualkan pada hujung mingau atau selepas sekolah supaya mereka tidak ketinggalan kelas. Jika mereka menempah kerja melalui agensi, ada seorang guru yang bersedia membantu mereka di sekolah ,” jelas Jaqi.
Kenapa cantik sangat adik ni.. Tang mata hijau jernih buat cemburu je…